Beli Classic Garlic Spread jenama Rasto.


Masa masuk Mydin, aku usha bahagian roti. Nak cari jem untuk sapu atas roti. Mulanya nak beli jem coklat dan peanut butter. Tapi bila tengok ada garlic spread, aku pun ambil seketul. RM8.89 harganya.

Lepas keluar Mydin, aku singgah beli waffle kat Coolblog. Ingat tak hari tu yang aku beriya singgah sebab nak kumpul koleksi Papa Zola?


Aku order waffle kosong. Aku tak terus makan waffle tu kat situ. Sebab dah kenyang minum air manis 2 ketul. Balik rumah, aku guna waffle tu untuk makan dengan garlic spread.


Disebabkan waffle tu tak cukup garing (aku dah mintak garing tapi dapat lembik jugak), aku panaskan guna air fryer. Garing akhirnya. Lepas tu, aku sapu garlic spread atas waffle tu.



Rasa garlic spread ni memang kuat dengan rasa bawang putih dan rasa mentega (atau butter?) sangat lah kick. Sedap. Ada jugak herba apa entah. Menjadi lah garlic spread ni. 👍

Post a Comment

8 Comments

  1. Banyak BK letak tu. Terliur pula tengok, sebab waffle rangup. 😋

    ReplyDelete
  2. Beli juga jenama sama tapi dalam botol. Memang kuat rasa bawang putih. Senang tidak perlu buat sendiri.

    ReplyDelete
  3. wah selalu tenguk orang guna garlic spread tapi belum mencuba lagi. Boleh buat sarapan ala-ala western gitu dengan ada sampingan mushrom sup. Mantap ni sarapan pagi

    ReplyDelete
  4. waffle kalau garing sedapkan . Krup krap krup gitu.

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik garlic spread tu.. nanti nak try cari lah.

    ReplyDelete
  6. wah boleh lah try , cari roti dan mushroom soup , memang ngam :)

    ReplyDelete
  7. Garlic spread memang antara kegemaran saya juga. Apa sahaja kadang saya campur dengan garlic spread, dari roti, goreng sampai nasi pun ada, hahahaha.

    ReplyDelete
  8. murah harga dia. tak pernah lagi tgok orang makan waffle dgn garlic spread ni. klau makan dgn roti bakar, cicah mushroom soup.. fuh!

    ReplyDelete