Tadi keluar kejap ke bandar. Nak masuk ZUS sebab ada promo sempena CNY. Masa aku masuk ZUS tu, dah nak tengah hari. Nasib baik tak ramai orang.
Untuk promo CNY tahun ni, ZUS bagi beberapa barang baik. Antaranya sticker, angpau, cup sleeve, paper bag dan keychain.
Promo kali ni dinamakan Grape Series. Semua air dalam promo ni berasaskan buah anggur. Ada 5 jenis air. Semua air baru. Tak pernah aku tengok ada dalam list menu sebelum ni.
Mulanya aku order Grape Americano. Air anggur paling murah sebab aku nak dapatkan sticker dan angpau. Nak dapat kedua-dua benda tu, takde minimum spend pun. Asalkan order air dari Grape Series.
Air Grape Americano ni macam pelik sikit rasanya. Kelat dengan kopi. Walaupun ditambah anggur dan aloe vera, rasa kelat kopi tu sangat menyerlah. Nak kata sedap tu macam ...
Lepas aku order air Grape Americano, aku cuba pulak air Fizzy Grape Aloe. Bahan dalam air ni lebih kurang je dengan versi tadi. Cuma ditukar kopi kepada air soda aka air gas.
Rasa air Fizzy Grape Aloe ni standard rasa air gas buah yang ZUS buat. Sedap. Manis pun ngam je. Ada jugak aloe vera dalam bentuk jeli kat dasar air tu. Sama macam versi kopi O anggur tadi.
Sticker dan angpau CNY kali ni cun melecun. Gabungan warna merah dan ungu. Kumpul awal-awal tak kalut sebab benda lawa macam ni cepat je habis.
Cup sleeve tu pulak aku mintak lebih. Staff bagi sebab diorang tahu aku simpan buat koleksi. Bukan apa, sedih jugak tengok cup sleeve dalam tong sampah yang dibuang orang macam tu je. 😭
















0 Comments