Majalah Gempak 164 cover Le.Gardenie oleh Ben.


Kipas-susah-mati Gempak mesti tahu siapa gerangan Ben aka Ben Wong. Sepanjang dia kerja kat Gempakstarz, banyak komik menarik yang dia hasilkan antaranya Innocent, Naive, Fatal Chaos dan Le.Gardenie.

Sekarang dia kerja kat PTS. Bukan lagi Gempakstarz. Kalau follow komik terbitan Komik-M, mesti akan tahu beberapa karya hebat dia macam SS10, Reda, Atan dan Silat Boy.


Walaupun dia dah tak kerja kat Gempakstarz, tapi karya lama dia masih jadi buah mulut peminat-peminat dia. Contohnya komik Le.Gardenie. Komik ni dah tak dicetak. Yang ada pun versi pre-loved. Kalau tengok dalam FB, komik ni dijual dengan harga yang tinggi. Kalau dulu harga RM7.50 seketul, sekarang harga boleh cecah RM40 seketul.

Le.Gardenie


Jujurnya, aku tak berapa tahu sangat plot komik ni. Sebab dulu aku bukan peminat Utopia. Aku selalu beli majalah Gempak dan Starz. Kalau nampak Utopia, aku belek-belek je.


Komik Le.Gardenie diterbitkan dalam majalah Utopia. Aku tak pasti kenapa komik ni ada dalam Utopia dan bukan Gempak. Mungkin cerita Le.Gardenie ni lebih kepada pembaca matang dan banyak scene percintaan. Kalau letak dalam Gempak, macam tak kena sebab waktu tu komik dalam Gempak lebih kepada aksi.




Tak silap aku, majalah Gempak isu 164 merupakan satu-satunya majalah Gempak yang menceritakan pasal Le.Gardenie. Siapa yang ada simpan isu 164 ni, sangat bertuah. Peminat Le.Gardenie mesti tercari-cari isu ni. Ye lah. Nak kumpul semua berkaitan Le.Gardenie kan.

Le.Gardenie: Love Note


BTW, sekarang Gempakstarz baru je terbitkan komik Le.Gardenie. Komik yang diberi nafas baru. Bukan karya Ben. Komik baru ni dihasilkan oleh DREAMER.


Sebenarnya ramai peminat Ben yang kecewa. Ingatkan dia yang lukis komik baru ni, tapi bukan. Rata-rata masih mengharapkan Ben yang buat. Aku pun suka tengok karya Ben. Mula-mula nampak lukisan dia kasar dan bersahaja. Tapi bila dah baca komik yang dia lukis, aku mula suka dengan style lukisan dia.


Katanya hak cipta Le.Gardenie milik Gempakstarz. Jadi, Ben yang dah tak kerja kat situ, tak boleh buat apa. Dia takde kuasa nak halang Gempakstarz. Walaupun orang baru (DREAMER) yang lukis Le.Gardenie versi baru ni, tak salah kan bagi can kat dia? Mana lah tahu kot-kot kualiti versi baru ni setanding dengan versi asal?

 P.S. Ada yang kata ending plot Le.Gardenie versi asal mengarut dan tak best. Betul ke?

Post a Comment

10 Comments

  1. Rare kalau simpan isu tu. harga melambung kalau kolektor dapat . huhu

    ReplyDelete
  2. pertama kali dgr komik ni...maklumlah bukan peminat komik..

    betul tu, bila hakcipta milik syarikat, pekerja x boleh buat apa bila dah resign..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komik kat Malaysia banyak satu ketika dulu. Sebelum banyak company gulung tikar.

      Itu lah. Sayang. Karya yang dinanti peminat.

      Delete
  3. La Gardenie punya ending memang mengarut. haha. saya lagi suka The Fishes, banyak kali baca. puas cari balik tak jumpa. nak beli preloved memang mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung dapat baca. Dulu nak beli tak mampu. Budak lagi. Sekarang karya agung Gempakstarz yang lama semua mahal.

      Delete
  4. terus rasa macam nak cari komik nie.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari. Kalau versi lama, ada versi webtoon.

      Delete
  5. Aduhh bestnya komik ni. Kt mana ada jual lg eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Versi Ben dah tak dicetak. Kalau ada pun, yang pre-loved dijual dalam FB atau Carousell.

      Delete