Kad Bank Islam negeri Pahang expired. Sayang nak tukar baru.


Aku buat kad Bank Islam ni masa duk kat sana dulu. Masa tu tak silap, aku keluar outing sorang-sorang. Bukan forever alone tapi member tak sudi nak join. Makanya, pusing lah aku bandar Kuantan sorang-sorang.

Waktu tu kad Bank Islam aku warna putih. Expired jugak. Kebetulan waktu tu ada kat Kuantan. Last-last aku singgah cawangan situ. Tukar kad baru.

Aku suka kad negeri Pahang ni. Warna hitam. Kemas dan lawa. Sekali tengok macam kad VIP gitu. Duit dalam tu tak banyak. Kes aku jarang guna akaun Bank Islam. Jarang sangat. Buat kad pun sebab nak gemukkan wallet. Trend zaman tu. 😂

Sekarang, aku kat negeri lain. Kad aku dah expired. Kalau kad expired, diorang akan potong kad lama dan ganti dengan kad baru. Aku ada tanya cawangan sini. Diorang kata kalau nak dapatkan kad negeri Pahang, kena pergi ke negeri tu sendiri. Tak boleh negeri lain. Entah betul, entah tak. Atau stok dah habis?

Tak tahu bila lagi nak ke Pahang. Masa puasa hari tu pun tak boleh masuk Bank Islam. Sebab aku pergi waktu weekend. Harus lah bank tutup.

Kad lama negeri Pahang ni aku akan tukar hanya bila dapat kad baru negeri Pahang jugak. Bukan aku anti negeri lain tapi kad ni simpan banyak memori. Penuh nostalgia. Ke boleh je aku request bank untuk aku simpan kad ni lepas dapat kad baru? 

Post a Comment

6 Comments

  1. cantik kadnya..simpan buat kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh simpan, memang nak simpan. 😌

      Delete
  2. rasanya tak boleh simpan kad lama, tapi entahlah. boleh cuba tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Dulu pun masa buat kad baru, diorang ambil dan potong kad lama tu depan-depan.

      Delete
  3. Cubalah tanya.. Mana tahu boleh simpan.. Mungkin dia potong sikit je kot.. mungkinlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sayang nak bagi diorang. Nanti dibuang jugak.

      Delete