Makoto Shinkai comeback 2022 dengan filem Suzume no Tojimari.


Peminat manga/anime harus lah tahu siapa Makoto Shinkai kan? Nama dia mula dikenali ramai bermula filem anime Kimi no Na Wa aka Your Name tahun 2016. Kemudian, dia hasilkan naskhah Tenki no Ko aka Weathering with You dua tahun kemudian iaitu tahun 2019.


Dua-dua filem ni dapat sambutan yang sangat memberansangkan sampaikan dia dinobatkan sebagai The Next Hayao Miyazaki (pelukis anime tersohor kat Jepun). Kenapa? Salah satunya, gaya lukisan dia yang sungguh mengagumkan. Setiap pemandangan sama ada kawasan kampung atau bandar, dilukis dengan teliti.





Kini, setelah hampir 3 tahun hiatus, Makoto Shinkai bakal kembali dengan satu naskhah baru yang diberi nama Suzume no Tojimari aka Suzume's Locking-Up.

Sinopsis



Kisah gadis 17 tahun, Suzume yang tinggal kat sebuah bandar yang sepi di Kyushu, Jepun. Cerita bermula bila dia jumpa sorang lelaki yang tercari-cari sebuah pintu. Kemudian, diorang berdua jumpa sebuah pintu lama dalam rumah tinggal dekat kawasan gunung.


Malangnya, Door of Disasters muncul kat seluruh Jepun. Suzume terpaksa mengembara untuk tutup dan kunci kesemua pintu yang dikatakan mampu mengeluarkan segala bencana ke serata Jepun.

Filem ni bakal tayang kat Jepun 11 November 2022. Tapi untuk sampai kat Malaysia, mungkin lambat lagi. Macam filem Kimi no Na Wa. Jepun tayang 26 Ogos 2016 tapi masuk Malaysia 8 November 2016.

Post a Comment

0 Comments