Sketsa raya 2022. Raya paling panik!


Minggu raya ni asyik busy memanjang. Takde masa nak update entri blog. Kalau ada masa sekalipun, terpaksa luang masa tengok TV. Banyak cerita raya yang best. Tu belum lagi ditambah dengan kunjungan sedara mara.

Aku ni jenis yang tak pandai berbual. Tak suka sembang benda-benda yang tak berilmiah. Lagi-lagi sembang kopi. Memang tak lah. Just jadi pendengar dan tunjuk muka bila sedara mara dan sepupu sepapat datang.

2 Mei 2022, Isnin, raya pertama


Walaupun ada beberapa bahan basah belum beli, tapi sempat lah jugak siapkan beberapa juadah raya. Ayam tak sempat beli. Plan nak beli sehari sebelum raya. Tapi plan cancelled kes raya diawalkan. Walaupun tak sempat beli barang basah, tapi takde lah pulak kitorang makan megi di pagi raya. 🤭

3 Mei 2022, Selasa, raya ke-2


Bangun lambat. Nak masuk tengah hari dah pun. Takde plan nak ziarah rumah orang. Aku masih fobia dengan virus yang masih bergentayangan. Pergi ruang tamu, taruk sikit-sikit biskut raya dalam pinggan dan makan sambil layan TV. Sebelah petang, masak megi. Terliur pulak tengok stok megi kat dapur yang dah lama menunggu sepanjang puasa.

4 Mei 2022, Rabu, raya ke-3


Paling ramai sedara mara datang dalam satu masa. Riuh pikuk. Sebelah ayah aku datang segerombolan. Aku kira dalam belasan orang. Tak lama lepas tu, sedara belah mak aku datang. Lagi ramai. Jammed kejap rumah. Terpaksa lah yang tak muat tu, lepak kat luar rumah. Ada yang buat muka poyo. Ada yang excited sebab lama tak jumpa.

Face mask? Takde siapa yang pakai kecuali pak cik aku. Kebal eh diorang? Tak risau ke kalau kena virus? Aku waktu tu memang dah seram sejuk. Salam? Terpaksa. Geram pun ada. Aku plan memang tak nak salam sebab risau terjangkit virus. Lepas salam, terus aku sanitize tangan.

5 Mei 2022, Khamis, raya ke-4


Keluar shopping barang nak buat BBQ malam nanti. Pergi pasar raya beli apa yang patut. Tak ramai orang. Cuma kebanyakan troli penuh dengan barang. Mungkin ada yang masih beli barang juadah raya.

Cari arang. Lebih 5 buah kedai aku cari tak jumpa. Katanya stok arang dah habis. Mesti ramai yang buat BBQ time raya ni. Cari kat kedai borong pun takde jugak. Last-last, singgah kat kedai runcit kecik. Tanya penjual. Nasib baik ada. Terus beli 4 paket. Harga asal RM2.50 tapi mak cik tu jual RM2.80 sebab katanya barang panas. Pandai betul mak cik tu berbisnes. 😏

6 Mei 2022, Jumaat, raya ke-5


Famili aku keluar pergi open house. Aku stay kat rumah. Serius aku masih tak berani nak pergi ke tempat asing semata-mata untuk makan-makan. Dengan face mask tak pakai. Memang tak lah. Raya, raya jugak tapi jangan lah sakan sangat. Aku ni jenis kurang bersenam plus mungkin antibodi tak kuat. Makanya, duduk je lah kat rumah petang tu. Tidur. Nak masuk maghrib, aku bangun.

Apa yang menarik raya kali ni?


Selagi kau single, selagi tu dapat duit raya.

Mungkin dapat kumpul satu famili lepas 2 tahun tak beraya bersama. Sedara mara sepupu sepapat pun dapat bersua muka. Aku cam lagi muka pak cik dan mak cik aku. Sebab dulu waktu kecik selalu balik kampung. Bila dah mula belajar jauh-jauh, jarang sangat balik kampung. Sepupu sepapat pun dah beranak-pinak. Kalau jumpa anak-anak diorang kat luar, rasanya aku tak cam kot. 😅

Post a Comment

2 Comments

  1. Seram juga tengok orang berkumpul ramai tak pakai mask..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Saya bukan apa. Risau kot-kot ada pembawa. Kalau berjangkit pada yang antibodi lemah, tak pepasal tak beraya.

      Delete