Guru Tunjang Sekolah Sejahtera. Selamat Hari Guru 2022.


Hari ni 16 Mei. Hari Guru yang diraikan untuk semua tenaga pengajar di Malaysia terutamanya mereka yang mengajar di sekolah. Setiap tahun, akan ada aktiviti menarik yang diadakan sempena Hari Guru macam pertandingan mewarna, melukis poster, pidato, puisi, kuiz dsb.

Zaman aku sekolah dulu, aktiviti macam ni kurang diadakan. Selalunya sempena Hari Guru, akan ada perhimpunan khas kat dewan sekolah. Tak semestinya 16 Mei baru nak buat majlis. Kadang sekolah awalkan atau lewatkan. Lepas sesi ceramah, bersalam dsb, pelajar boleh terus jumpa cikgu untuk bagi hadiah. Takde kelas pagi tu. Lepas rehat dalam jam 10, baru lah sesi kelas bermula.

Hadiah? Aku hanya mampu bagi kepada guru kelas. Tu pun bukan lah hadiah mahal. Sebab beli pakai duit sendiri. Kalau tak cukup duit, aku bagi kad ucapan. Pernah masa sekolah rendah, mak aku bagi aku sabun mandi yang ketul tu untuk bagi kat cikgu sebagai hadiah.

Zaman sekarang dah lain. Kedai serbaneka banyak. Pelajar boleh borong hadiah yang menarik untuk bagi kat cikgu diorang. Begitu banyak hadiah yang murid bagi. Ada yang gigih cari cikgu kat bilik guru nak bagi hadiah. Tapi sebab aku pun pernah jadi budak. Jadi, aku faham bebenor betapa excited bila dapat bagi hadiah kat cikgu.


Tema Hari Guru tahun ni Guru Tunjang Sekolah Sejahtera. Ikut pemahaman aku, guru atau cikgu memainkan peranan penting dalam mewujudkan sebuah sekolah yang aman, tenang, selamat dan terpelihara dari segala gangguan atau anasir yang tak sihat.

Semoga cikgu sentiasa ada di samping pelajar dalam menjalani kehidupan di sekolah. Terima kasih CIKGU.

Post a Comment

4 Comments

  1. lain zaman lain cara sambutannya, tapi perasaan hormat pada insan bernama guru ni kena mantain sepanjang zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Selagi pelajar hormat kat cikgu, selagi tu diorang mampu berjaya.

      Delete
  2. Selamat hari guru buat semua guru

    ReplyDelete