What's up?

  • run

    HOME

Iklan raya paling touching 2021. Diinspirasi dari kisah benar.


Tadi baru je SAJI tayang iklan raya diorang. Fuhh. Memang sebak aku tengok. SAJI ni memang aku rasa berhabis duit, sebab pelakon dalam iklan ni memang bukan calang-calang. Mostly drama atau filem diorang memang letops!


Lepas habis aku tengok iklan ni, baru aku teringat kisah sorang balu polis yang hantar makanan kat balai polis tempat arwah suami dia kerja. Cari punya cari, jumpa lah artikel pasal kisah ni.


Mak cik ni namanya Mak Cik Saadiah. Tinggal kat Gerik, Perak. Setiap hari selam 37 tahun, dia akan hantar makanan ke IPD Gerik, kayuh basikal.


Demi kasih sayang terhadap kesetiaan arwah suaminya, Mak Cik Saadiah hantar makanan seperti nasi dan lauk pauk.

Suami Mak Cik Saadiah ni terkorban masa tragedi serang hendap komunis 28 Ogos 1975. Suami dia waktu tu bekerja sebagai BotMan, iaitu penghantar barang keperluan kepada pejuang dalam hutan waktu menjalankan tugas.

Info setakat 2017, Mak Cik Saadiah dah tak hantar nasi dan lauk pauk, tapi hantar gula-gula.

Iklan raya SAJI memang sejak dua menjak ni memang ohsem! Setanding dengan iklan raya Petronas. Walaupun tiap-tiap iklan SAJI ada je terselit product advertisement, tapi still best.

4 comment (s):

  1. Ohh ada tengok jugak iklan saji ni. Sedih kan kisahnya. Walaupun dia tahu suami dia dah takde, tetap dia hantar makanan.

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.