What's up?

  • run

    HOME

Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki hari ni. Aku dapat extra set BTS Meal!


Sebelum ni aku ada mention pasal BTS Meal. Waktu nak order tu out of stock. Tapi dekat pukul 5 petang, aku check website McD, dah ada balik stok. Yahoo!


Apa lagi. Aku terus order lah. Aku order sekali dengan Big Mac. Set Crazy Hour. So, akan dapat 2 set Big Mac.


Tunggu punya tunggu, rider pun sampai. Masa dia keluarkan air dari beg, aku pelik kenapa ada 4 botol. Aku tanya dia betul ke tak ni. Sebab patutnya 3 botol je. Dia cek resit. Dia kata mungkin rezeki aku dapat air lebih tu. Aku pun bagi 1 botol air tu kat dia.

Actually takde benda baru pun. Just sos tu je. Nugget tu nugget McD yang biasa. Air pun air coke je. Yang nampak lain sebab packaging purple BTS tu. ARMY mesti simpan punya lepas makan.

Kita makan dulu!

Dalam rumah aku cek balik bungkusan tu. Bukan McD terlebih bagi air, tapi terlebih bagi set BTS ni! Mula-mula aku anggap tu rezeki. Tapi bila fikir balik, tak elok diam. Aku pun call nombor McD kat resit tu. Aku inform dia pasal ni. Aku sebenarnya dah habis makan. So, aku plan nak bayar set yang terlebih tu. Tapi staff tu cakap tak payah bayar. Dia just nak gambar resit untuk cek sebab risau order tu tercampur dengan order orang lain. Kang mengamuk pulak ARMY, order tak sampai-sampai.

Lega. Aku mintak dia halalkan. Risau pulak nanti tak pasal-pasal dapat dosa kering. Berbaloi ke harga RM17.83 satu set? Jawapan aku, tak berbaloi. Boleh beli satu pek 850g nugget Ayamas. Tu pun ada lagi balance duit. Tapi kalau nak buat koleksi set BTS ni, mungkin berbaloi. Annyeong!

26 comment (s):

  1. cop apa yg BTS nya kat packaging dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Logo baru BTS (start 2017). Dua trapezoid yang mewakili pintu. Connection antara ARMY dan BTS.

      Bila baca kat LogoMyWay, maksud logo baru ni 'ARMY meeting BTS at the doors'. Maksud lain, 'us and army becoming one together'.

      Ha. Macam tu lah. Saya tak tahu sangat.

      Delete
  2. ooo haahah xpe kita pun bkn fanatik BTS sgt heeheh

    ReplyDelete
  3. Rezeki dapat dua set tu hahaha. Orang lain berebut nak dapatkan satu set.

    ReplyDelete
  4. Khas untuk peminat kpop agaknya.

    ReplyDelete
  5. Dapat terlebih set. Betul itu kena jujur beritahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sentiasa jujur, baru orang jujur pada kita.

      Delete
  6. Ramai yg cakap set BTS mealscni tak berbaloi dengan harga . Kalau tak salah ada 10 ketui nugget je .. Fries .. Sauce & drink

    ReplyDelete
  7. sy pun terkejut jugak rupanya set bts tu rupanya nugget je.. ingtkan ada burger baru ke ayam korea ke... haha.. smlm nk order delivery mmg hang giler sistem trs husband keluar je beli walk in tp beli burger samurai & shogun je.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Promo rare. Sebelum ni takde artis Korea buat full collaboration dengan McD. Ni first.

      Delete
  8. Rezeki tu dapat lebih. Syukurlah bukan tersilap. Risau juga nak makan nanti. Pada saya pun tak berbaloi, itu yang tak membeli. Tapi value dia lebih pada ARMY :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur sangat. Kenyang perut makan 20 bijik nugget. 😂

      Delete
  9. Wah, set McD yang jadi rebutan sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Siap ada yang letak dalam frame kertas packaging McD tu.

      Delete
  10. Patut ramai peminat bts order hehehe. Murah rezeki rider tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.

      Peminat fanatik confirm hari-hari beli.

      Delete
  11. Cik TK pulak ingatkan kalau set macam ni ada apa2 special gift berkenaan artis tu macam gambar diorang ke apa. Rupanya tak ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau ada free gift tu satu bonus. 👍

      Delete
  12. Tapi untung la awak, rezeki dapat lebih set, rezeki tu. Dan satu sifat yang bagus sebab awak jujur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kepada manager McD. 😁

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.