Tadi aku pangkas dahan pokok mulberi. Sebab buahnya dah matang dan dah tuai, dahannya kena lah pangkas. Kalau tak buat macam tu, buah mulberi lambat muncul.
Pucuknya aku tak buang. Daunnya boleh makan. Aku pilih yang elok sikit untuk masak. Daun tu aku buat goreng celup tepung.
Gorengnya macam tempura. Guna bancuhan basah je. Celup daun tu dalam bancuhan basah dan masukkan dalam minyak panas. Dalam beberapa saat dah boleh angkat. Kalau lama nanti daun tu boleh jadi hangit.



10 Comments
Uishhh baru tahu daun mulberry ni boleh makan.. kalau dah krup krup tu sedap tu..
ReplyDeleteGitu lah. Memang sedap rasanya.
DeleteSaya pun baru tahu daunnya boleh dimakan. Dulu, ada saya tanam pokoknya, setakat makan buah dia je. Rasa mcm makan sayur bayam celup tepung tak?
ReplyDeleteLebih kurang rasanya. Cuma kalau bayam, ada rasa dan bau kacang. Kalau daun mulberi ni, tak macam tu.
DeleteBaru pertama kali tau daunnya boleh dimakan.
ReplyDelete😆
DeleteSelalunya Sha buat ulam ja pucuk dia.. Lain kali bolehlah buat goreng pula.. Memang sedap daun dia ini tapi yang mudalah..
ReplyDeleteSebab saya tak makan ulam, terpaksa buat goreng macam ni. 🤭
DeleteNak try pokok mulberry pun takde.. pernah makan bayam tempura je.
ReplyDeleteRajin BK, buat celup tepung. Akak nak cari dari hari tu, pokok mulberi ni, tapi belum berkesempatan ke nursery pokok bunga.
ReplyDelete