Bila dah masuk musim Tahun Baru Cina, memang banyak kedai akan ambil peluang buat promo sana-sini sempena perayaan tu. Biasanya diorang bukan takat bagi diskaun, tapi siap bagi angpau lagi.
Aku beli komik Cardcaptor Sakura kat kedai online Popular. Ada angpau yang boleh dapat bila beli buku Gempakstarz. Selalunya macam tu lah tiap-tiap tahun.
Masa aku order tu, ada promo menarik. Beli komik 2 ketul, dapat diskaun 20%. Jimat banyak jugak tu. Aku jarang beli kat website sebab kena bayar kos penghantaran. Kalau ada promo, baru aku beli.
![]() |
| Borong komik Cardcaptor Sakura. |
![]() |
| Dapat kad percuma kat belakang komik. |
Dapat angpau beberapa paket. Dalam satu paket tu, ada 2 design. Aku tak pasti kenapa sejak menjak ni Gempakstarz bagi 2 jenis je. Selalunya ada 4 atau 5 ketul dalam setiap paket.






13 Comments
Comelnya.. btw, komik dah keluar ke yang ke5...?
ReplyDeleteSekarang dah terbit jilid 7 dan 8.
Deletewekend nie kena ajak suami p popular lah.. hahaha...
DeleteDalam angpao tu ada isi ke? manatau depa bagi baucer ke kan?
ReplyDeleteSeronok masih kekalkan angpao2 ni, maklumla skrg era scan qr ja. hiks~
Takde isi. Kalau ada isi, saya orang pertama serbu kedai. 😂
DeleteCutenya sarung angpao.
ReplyDeleteTerima kasih. 😃
DeleteWah, angpau Gempakstarz tahun ni comel pulak! Jimat beli komik dapat diskaun + angpau lagi...
ReplyDeleteBerbaloi beli waktu ada promo.
DeleteComelnya sampul dia.. Anak-anak Sha kurang minat versi bahasa inggeris, kalau tak boleh beli juga untuk mereka..
ReplyDeleteKalau staff tak berkira, boleh je dapat bila kita beli buku banyak-banyak walaupun bukan buku BI.
DeleteBeli komik mesti balik rumah tak sabar baca.
ReplyDeleteCantik design angpau dia. Selamat membaca komik, BK.
ReplyDelete