Aku bukan lah peminat kopi 3-in-1. Sebab selalunya kopi paket macam ni pekat dan manis yakmat. Kalau buat segelas, memang pening lalat rasanya.
Tapi sebab ZUS bagi angpau percuma kalau beli kopi secara online, aku pun paksa rela diri ni. Beli minimum RM15 akan dapat satu set angpau sempena Tahun Baru Cina.
Angpau ni tak sama dengan angpau ZUS kat kedai air. Versi ni untuk pembelian barang runcit. Selain kat Shopee dan Lazada, angpau ni boleh dapat kat stesen minyak BHP, Petronas dan Shell dengan pembelian barang minimum RM8.
Dalam set angpau ni ada 3 design. Semua gambar Oyen pakai topi kuda. Suka sangat dapat minum air kopi. Siap berendam dalam air kopi lagi tu.
Berbalik pada kopi 3-in-1, aku beli kopi coklat. Konon ingatkan bila ada coklat, kurang lah sikit pekat dan manis kopi tu. Tapi sebaliknya. 😭








12 Comments
Kalau perisa coklat...lagi la kaw coklat dia...Linda kalau minum apa² 3 in 1 yang perisa coklat kena guna separuh paket je..
ReplyDeleteOkey. Lepas ni nak buat macam tu lah.
Deletetak pernah lagi beli yang peket macam ni. takut tak habis minum pun nanti.
ReplyDeleteNi pun rasa-rasa tak habis. 😅
Deletekopi 3in1 Zus ini kurang kena dengan Sha.. Sha dah cuba kesemua perisa.. Memang tak boleh nak pergi.. kikiki..
ReplyDeleteTapi sampul tu lawa.. huhuhu.. Nanti try singgah Petronaslah..
Saya suka sebab ada rasa arang. Macam kopi Wonda versi Keluang Man. Cuma pekat dan manis kopi ZUS ni. Sakit gigi minum. 😭
DeleteComel angpau dia bagi. Akak tak pernah cuba minum zus kopi 3 in 1 ni. Ha ah, tahun ni tahun baru cina, tahun kuda, tak silap. Sarung angpau Zus cantik dan berkualiti, dari kertas tebal.
ReplyDeleteZUS kalau bagi free gift memang bukan biasa-biasa. Diorang jaga kualiti dan buat tambah baik bila ada kes.
DeleteNak cari lah kopi chocolate Zus yang ni, senang nak bawa sana sini.
ReplyDeleteKalau suka, mudah lah nanti.
DeleteAkak kalau versi 3 n 1 ni selalunya kena lebihkan air supaya tak manis sangat. Beli kadang sebab mudah bawak jalan dan buat air
ReplyDeleteSedap pula nengok kopi coklat tu.
ReplyDelete