Mister Potato versi cili kering.


Dulu aku pernah makan Mister Potato versi daun kari. Kali ni aku jumpa versi lain yakni ayam pedas cili kering.


Mister Potato jenis ni ada 2 ni je. Dicipta sempena Tahun Baru Cina hari tu. Cuma versi cili kering hanya ada dalam bentuk canister atau silinder je. Takde dalam pek plastik.

Aku beli seketul. RM5.48. Sebab kalau tak beli, rasanya bakal habis. Kes CNY kan dah lama berlalu. Ni pun aku rasa takkan masuk stok baru. Diorang nak habiskan yang dah ada je.



Cuma agak sedih. Masa aku bukak silinder ni, kentang dalam tu dah patah-patah. Entah siapa lah pergi baling.

Rasa versi ni pekat dengan rasa rempah. Macam makan ayam berempah yang tak pernah aku makan. Sedap walaupun pelik rasanya. Tengok-tengok dah licin. 😭

Post a Comment

4 Comments

  1. Ala sayang tiada bentuk kerepek kentang nipis itu. Unik perisa Mister Potato kenalkan.

    ReplyDelete
  2. Memang makanan ni ramai gemar membeli..boleh kumpul bekas kan..

    ReplyDelete
  3. Macam sedap je perisa cili kering tu kalau dapat beli. Cumanya rasa dia pedas menyengat gak ke?

    ReplyDelete