Buah pokok salam dan pokok serai kayu.


Kat rumah aku ada pokok salam dan pokok serai kayu. Pokok salam aku beli kat Shopee dan tanam dalam pasu je. Sebab tak nak bagi besar. Pokok serai kayu pulak asalnya ada kat tepi rumah dan saiznya lagi tinggi dari rumah.

Keadaan buah pokok serai kayu.

Kedua-dua pokok ni hampir sama. Tapi tak serupa. Kalau siapa biasa tengok, pasti tahu bezakan. Dan selalunya daun pokok serai kayu orang buat ulam dalam nasi kerabu, daun pokok salam tak.

Sekarang musim kedua-dua pokok ni berbuah. Lebat betul buahnya. Buahnya boleh dimakan. Warnanya merah bila dah masak. Burung suka makan buah ni.

Buah pokok salam.

Buah pokok salam masak.

Buah pokok serai kayu.

Buah pokok serai kayu masak.

Saiz buah pokok salam besar sikit daripada buah pokok serai kayu. Dan rasa buah pokok salam lagi manis berbanding buah pokok serai kayu.

Tapi kedua-dua buah pokok-pokok ni rasa kelat sikit. Macam rasa buah jambu air. Sekali makan, macam pelik. Bila dah biasa, macam nak terus makan selalu.

Aku tak pasti khasiatnya apa. Tapi bila dah jadi makanan kegemaran burung, pasti banyak khasiat. 😄

Post a Comment

12 Comments

  1. dulu selalu petik daun serai kayu tepi rumah mertua tapi tak pernah pulak nampak buah dia.

    ReplyDelete
  2. Pokok serai kayu macam kenal, pokok salam macam tak perasan pulak. Anyway tq info 👍🏻

    ReplyDelete
  3. First time dgr nama kedua dua pokok dah buah nya.. Nampak buahnya sangat menarik utk dicuba ☺️👍🏻

    ReplyDelete
  4. pokok salam tu daunnya boleh di buat masak ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Ada yang letak dalam rendang. Ada jugak yang letak dalam gulai.

      Delete
  5. memang nampak hampir sama lah these fruits wpun pkok berbeza! daun pokok serai kayu tu...my fav la zmn2 dok kampung..utk buat ulam nasi kerabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sini pun macam tu. Guna daun serai kayu jadi ulam nasi kerabu.

      Delete