Tadi aku pangkas dahan pokok mulberi. Sebab buahnya dah matang dan dah tuai, dahannya kena lah pangkas. Kalau tak buat macam tu, buah mulberi lambat muncul.
Pucuknya aku tak buang. Daunnya boleh makan. Aku pilih yang elok sikit untuk masak. Daun tu aku buat goreng celup tepung.
Gorengnya macam tempura. Guna bancuhan basah je. Celup daun tu dalam bancuhan basah dan masukkan dalam minyak panas. Dalam beberapa saat dah boleh angkat. Kalau lama nanti daun tu boleh jadi hangit.



3 Comments
Uishhh baru tahu daun mulberry ni boleh makan.. kalau dah krup krup tu sedap tu..
ReplyDeleteSaya pun baru tahu daunnya boleh dimakan. Dulu, ada saya tanam pokoknya, setakat makan buah dia je. Rasa mcm makan sayur bayam celup tepung tak?
ReplyDeleteBaru pertama kali tau daunnya boleh dimakan.
ReplyDelete