Dapat sticker dan angpau beli air anggur ZUS Coffee.


Tadi keluar kejap ke bandar. Nak masuk ZUS sebab ada promo sempena CNY. Masa aku masuk ZUS tu, dah nak tengah hari. Nasib baik tak ramai orang.

Untuk promo CNY tahun ni, ZUS bagi beberapa barang baik. Antaranya sticker, angpau, cup sleeve, paper bag dan keychain.


Promo kali ni dinamakan Grape Series. Semua air dalam promo ni berasaskan buah anggur. Ada 5 jenis air. Semua air baru. Tak pernah aku tengok ada dalam list menu sebelum ni.


Mulanya aku order Grape Americano. Air anggur paling murah sebab aku nak dapatkan sticker dan angpau. Nak dapat kedua-dua benda tu, takde minimum spend pun. Asalkan order air dari Grape Series.


Air Grape Americano ni macam pelik sikit rasanya. Kelat dengan kopi. Walaupun ditambah anggur dan aloe vera, rasa kelat kopi tu sangat menyerlah. Nak kata sedap tu macam ...


Lepas aku order air Grape Americano, aku cuba pulak air Fizzy Grape Aloe. Bahan dalam air ni lebih kurang je dengan versi tadi. Cuma ditukar kopi kepada air soda aka air gas.


Rasa air Fizzy Grape Aloe ni standard rasa air gas buah yang ZUS buat. Sedap. Manis pun ngam je. Ada jugak aloe vera dalam bentuk jeli kat dasar air tu. Sama macam versi kopi O anggur tadi.


Sticker dan angpau CNY kali ni cun melecun. Gabungan warna merah dan ungu. Kumpul awal-awal tak kalut sebab benda lawa macam ni cepat je habis.








Cup sleeve tu pulak aku mintak lebih. Staff bagi sebab diorang tahu aku simpan buat koleksi. Bukan apa, sedih jugak tengok cup sleeve dalam tong sampah yang dibuang orang macam tu je. 😭



Kali ni, ZUS murah hati bagi paper bag. Ada 2 versi saiz. Aku mintak semua. Tak taruk air pun dalam tu. Simpan buat koleksi. Staff kata paper bag tu kalau habis, tak tambah stok dah. 

Post a Comment

22 Comments

  1. Cantik paper bag dan sampul angpau.

    ReplyDelete
  2. wow merah mak ngah tapi semuanya cun-cun.

    ReplyDelete
  3. nak tunggu raya punya nanti. selalu cepat je habis kena awal2 order dah.

    ReplyDelete
  4. Oh ye la dah dekat chines new year.. untuk dpt angpau dengan sticker tu..

    ReplyDelete
  5. Benda² comel macam ni, kadang nak buang..sayang..nak simpan, aduh...lama² penuh..hahaha .tapi, bagus la BK..memang collector tegar

    ReplyDelete
  6. ingatkan dapat angpao yang ade isi... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada isi, tak sampai sehari dah sold out ni. 😂

      Delete
  7. Sha beli dah yang fizzy grape tu.. Tapi pakai tumbler sendiri, jadinya tak adalah cup sleeve tu.. sticker dengan angpao dia memang cun.. Air pun sedap.. Nanti nak cuba yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mintak dengan staff. Diorang bagi je sebab kita nak buat koleksi kan. Masa saya awal-awal mintak benda-benda macam ni, bos tu terkejut. Sebab jarang sekali ada orang kumpul benda gini.

      Delete
  8. Staff siap kenal.. memang pelanggan tetap tu.

    ReplyDelete
  9. Selalu lalu je sebab ada kat bawa ofis tempat kerja.

    ReplyDelete
  10. Bagusnya, BK dapat banyak tu. Belum cuba minum air grape baru keluar ni. Lawa juga sampul angpau-nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far sedap. Rasa macam air Fanta pun ada air anggur tu.

      Delete