Tadi keluar kejap ke bandar. Nak masuk ZUS sebab ada promo sempena CNY. Masa aku masuk ZUS tu, dah nak tengah hari. Nasib baik tak ramai orang.
Untuk promo CNY tahun ni, ZUS bagi beberapa barang baik. Antaranya sticker, angpau, cup sleeve, paper bag dan keychain.
Promo kali ni dinamakan Grape Series. Semua air dalam promo ni berasaskan buah anggur. Ada 5 jenis air. Semua air baru. Tak pernah aku tengok ada dalam list menu sebelum ni.
Mulanya aku order Grape Americano. Air anggur paling murah sebab aku nak dapatkan sticker dan angpau. Nak dapat kedua-dua benda tu, takde minimum spend pun. Asalkan order air dari Grape Series.
Air Grape Americano ni macam pelik sikit rasanya. Kelat dengan kopi. Walaupun ditambah anggur dan aloe vera, rasa kelat kopi tu sangat menyerlah. Nak kata sedap tu macam ...
Lepas aku order air Grape Americano, aku cuba pulak air Fizzy Grape Aloe. Bahan dalam air ni lebih kurang je dengan versi tadi. Cuma ditukar kopi kepada air soda aka air gas.
Rasa air Fizzy Grape Aloe ni standard rasa air gas buah yang ZUS buat. Sedap. Manis pun ngam je. Ada jugak aloe vera dalam bentuk jeli kat dasar air tu. Sama macam versi kopi O anggur tadi.
Sticker dan angpau CNY kali ni cun melecun. Gabungan warna merah dan ungu. Kumpul awal-awal tak kalut sebab benda lawa macam ni cepat je habis.
Cup sleeve tu pulak aku mintak lebih. Staff bagi sebab diorang tahu aku simpan buat koleksi. Bukan apa, sedih jugak tengok cup sleeve dalam tong sampah yang dibuang orang macam tu je. 😭
















22 Comments
Cantik paper bag dan sampul angpau.
ReplyDeleteTerima kasih. 😃
Deletewow merah mak ngah tapi semuanya cun-cun.
ReplyDeleteTerima kasih. 😃
Deletenak tunggu raya punya nanti. selalu cepat je habis kena awal2 order dah.
ReplyDeleteRaya memang macam tu. Sehari pun dah sold out.
DeleteOh ye la dah dekat chines new year.. untuk dpt angpau dengan sticker tu..
ReplyDeleteBetul. 👍
DeleteBenda² comel macam ni, kadang nak buang..sayang..nak simpan, aduh...lama² penuh..hahaha .tapi, bagus la BK..memang collector tegar
ReplyDeleteBiasa-biasa je. Simpan mana yang mampu.
Deleteingatkan dapat angpao yang ade isi... hehehe
ReplyDeleteKalau ada isi, tak sampai sehari dah sold out ni. 😂
Deletecantik
ReplyDeleteTerima kasih. 😃
DeleteSha beli dah yang fizzy grape tu.. Tapi pakai tumbler sendiri, jadinya tak adalah cup sleeve tu.. sticker dengan angpao dia memang cun.. Air pun sedap.. Nanti nak cuba yang lain..
ReplyDeleteBoleh mintak dengan staff. Diorang bagi je sebab kita nak buat koleksi kan. Masa saya awal-awal mintak benda-benda macam ni, bos tu terkejut. Sebab jarang sekali ada orang kumpul benda gini.
DeleteStaff siap kenal.. memang pelanggan tetap tu.
ReplyDeleteSini kedai ZUS tak banyak. 😓
DeleteSelalu lalu je sebab ada kat bawa ofis tempat kerja.
ReplyDeleteUntung lah kalau dekat.
DeleteBagusnya, BK dapat banyak tu. Belum cuba minum air grape baru keluar ni. Lawa juga sampul angpau-nya.
ReplyDeleteSo far sedap. Rasa macam air Fanta pun ada air anggur tu.
Delete