Beli kopi 3-in-1 ZUS dapat angpau.


Aku bukan lah peminat kopi 3-in-1. Sebab selalunya kopi paket macam ni pekat dan manis yakmat. Kalau buat segelas, memang pening lalat rasanya.


Tapi sebab ZUS bagi angpau percuma kalau beli kopi secara online, aku pun paksa rela diri ni. Beli minimum RM15 akan dapat satu set angpau sempena Tahun Baru Cina.


Angpau ni tak sama dengan angpau ZUS kat kedai air. Versi ni untuk pembelian barang runcit. Selain kat Shopee dan Lazada, angpau ni boleh dapat kat stesen minyak BHP, Petronas dan Shell dengan pembelian barang minimum RM8.


Aku beli dalam Lazada. Semua pam minyak tu jauh dari rumah aku. Tak berbaloi nak pergi jauh-jauh. 😅

Dalam set angpau ni ada 3 design. Semua gambar Oyen pakai topi kuda. Suka sangat dapat minum air kopi. Siap berendam dalam air kopi lagi tu.



Berbalik pada kopi 3-in-1, aku beli kopi coklat. Konon ingatkan bila ada coklat, kurang lah sikit pekat dan manis kopi tu. Tapi sebaliknya. 😭



Tak dapat dinafikan kesedapan air kopi ZUS ni. Aku buat versi panas. Bau dan aroma tu memang betul-betul memikat. Kopinya kick dan kaw. Peminat kopi mesti suka.

Post a Comment

12 Comments

  1. Kalau perisa coklat...lagi la kaw coklat dia...Linda kalau minum apa² 3 in 1 yang perisa coklat kena guna separuh paket je..

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi beli yang peket macam ni. takut tak habis minum pun nanti.

    ReplyDelete
  3. kopi 3in1 Zus ini kurang kena dengan Sha.. Sha dah cuba kesemua perisa.. Memang tak boleh nak pergi.. kikiki..
    Tapi sampul tu lawa.. huhuhu.. Nanti try singgah Petronaslah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka sebab ada rasa arang. Macam kopi Wonda versi Keluang Man. Cuma pekat dan manis kopi ZUS ni. Sakit gigi minum. 😭

      Delete
  4. Comel angpau dia bagi. Akak tak pernah cuba minum zus kopi 3 in 1 ni. Ha ah, tahun ni tahun baru cina, tahun kuda, tak silap. Sarung angpau Zus cantik dan berkualiti, dari kertas tebal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZUS kalau bagi free gift memang bukan biasa-biasa. Diorang jaga kualiti dan buat tambah baik bila ada kes.

      Delete
  5. Nak cari lah kopi chocolate Zus yang ni, senang nak bawa sana sini.

    ReplyDelete
  6. Akak kalau versi 3 n 1 ni selalunya kena lebihkan air supaya tak manis sangat. Beli kadang sebab mudah bawak jalan dan buat air

    ReplyDelete
  7. Sedap pula nengok kopi coklat tu.

    ReplyDelete