Mungkin cuaca kat sini tak sesuai. Atau kawasan pokok ni banyak serangga perosak. Pokoknya tak bantut tapi lambat berbuah.
Info buah markisa
Buah markisa ni asalnya dari kawasan Amerika Selatan dan sekarang dah banyak ditanam kat negara tropika termasuk Malaysia. Rasanya masam manis. Biasanya orang makan isi berbiji dalam tu.
Buah ni kaya dengan vitamin C, vitamin A dan jugak sikit vitamin B. Buahnya berbau wangi dan selalu dibuat jus atau minuman sejuk sebab sedap dan menyegarkan.
Isnin hari tu yakni 2 Februari, aku nampak ada sekuntum bunga tengah mekar. Bunganya unik. Tak pernah aku nampak bunga macam ni.
Sekali tengok macam kipas mini. Ada kelopak kecil kat bawah serabut bunga. Kat tengah-tengah tu tak pasti dipanggil apa.
Semoga bunga markisa ni berjaya jadi buah dan membesar dengan elok.


9 Comments
cantik bunganya. suka makan buah markisa & minum jus.
ReplyDeleteMasya-Allah! semoga menjadi buah.
ReplyDeleteMasa saya ke Ubud, Bali banyak betul pokok markisa tumbuh subur di sekitar hotel yang saya menginap. Siap boleh petik dan makan.
Cantik ya bunga markisa. Kakakku dulu pernah menanam pohon markisa di belakang rumah tapi aku kok nggak pernah lihat bunganya. Apa mungkin aku lupa ya. Dulu aku sering banget bikin wedang markisa karena banyak buahnya di belakang rumah. Tapi kalau bikin wedang markisa itu harus banyak gula biar nggak terlalu masam.
ReplyDeleteSekali pandang macam Bunga letup² versi memanjat... Cuma warnanya lain sikit
ReplyDeletehttps://puanhazel.blogspot.com/2022/10/pokok-letup-letup.html?m=1
Kot BK nak tengok :)
uniknya bunga dia. buah markisa selalu orang buat air sedap.
ReplyDeleteBeautiful photos. ❤️ Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦
ReplyDeleteCantik.. cantik..
ReplyDeleteSemoga banyaklah nanti buahnya.
Lebih kurang rupa bunga tumbuhan letup-letup tu, bak kata PH di atas. Semoga menjadi buah.
ReplyDeletewow cantiknya bunga ni
ReplyDelete