Hari ni bermulanya promo ketiga ZUS Buddy Work In Progress (untuk senarai promo, tengok link bawah). Promo ketiga ni dapat sticker percuma bila beli air terlibat.
Yang menariknya, promo kali ni ZUS dengan bermurah hati buat 2 versi sticker: Work Edition dan Dream Edition. Ni kali pertama wujudnya 2 versi sticker dalam satu promo.
Pagi tadi aku pun laju-laju pergi ZUS kat bandar. Bukan apa, risau geng FOMO serbu dan borong sticker banyak-banyak. Lagipun staff ada inform. Kalau sticker comel gini, cepat je habis.
Alhamdulillah masa aku sampai, sticker banyak lagi. Aku pun beli lah 2 ketul air susu dan 2 ketul Espresso. Tu air paling murah. Kes aku nak sticker je. Buat apa nak beli air mahal-mahal kan?
Lepas dah minum 4 ketul air tu, aku saja lah scroll app ZUS lagi. Nak tengok menu apa yang boleh dapat sticker selain air manis. Tup tup, rupanya kalau order seketul air mineral RM1.90 pun dah boleh dapat sticker free. Wow!
Dengan tangkas macam lipas kudung, aku pun order air mineral. Mulanya aku order seketul. Tapi bila rasa macam nak kumpul bebanyak sticker, aku pun order lagi 3 ketul air mineral.
Banyak tak? Lagipun tak membazir. Air mineral ni boleh simpan lama. Aku kan selalu minum air mineral kat rumah. Jadi, berbaloi lah benda ni.
Tapi ...
Aku rasa ZUS dapat detect. Lepas ramai viral pasal order air mineral ni kat medsos, aku check semula lepas Maghrib dan sticker dah tak muncul bila nak check out air mineral. Pelik kan?
Mungkin ni glitch. Yakni error yang team ZUS terlepas pandang. Masa promo kanta dan sticker matcha mini dulu pun, pernah jadi glitch. Lepas tu, cepat-cepat ZUS betulkan. 😂
Maka, untung lah siapa yang sempat order air mineral dapat sticker free. Ye lah. Hanya spend RM1.90 je dah boleh dapat seketul sticker.
Lagipun kalau tengok T&C, sticker ni boleh dapat kalau order handcrafted drink je. Menu lain macam makanan, set air Bundles atau Bottled Drinks takkan dapat sticker free.
Lagi satu, nak dapat sticker kedua-dua versi, kena bagitau zurista yang jaga waktu tu. Aku inform nak design lain-lain. Kes ada sesetengah tempat, customer order banyak tapi dapat sejenis je sticker.
Bukan sticker takde stok, mungkin zurista tak perasan ada 2 versi. Ni okey lagi. Ada jugak aku baca yang kat cawangan mana entah, zurista tersalah bagi sekotak figurine Buddy kat customer. Patutnya dapat sticker je. Alamak. 😅








7 Comments
wah rezeki tu. Rasanya staff ZUS kat kaunter kena alert isu tersebut apa lagi kalau ramai peminatnya yang kumpul promosi macam ni. sistem pun kena uptodate ler yang betul promosi atau tidak. Rezeki BK dapat walau hanya order air mineral tu.
ReplyDeletela gitu jer ker nak dpt sticker tu...
ReplyDeletebanyak betul BK kumpul sticker tu.. nanti la hari Jumaat, nak tengok ada lagi ke tak..
ReplyDeletePromonya menarik ya, Kak. Beli air mineral dapat free gratis hadiah stiker.
ReplyDeleteMemang betul-betul rezeki tu dapat juga sticker masa order air mineral..
ReplyDeletecomei comei nya
ReplyDeleteSticker Buddy kali ni, comel. Akak pun dah dapat dua versi. Semalam beli kopi latte, pagi ni beli americano. Rezeki dapat lain-lain sticker.
ReplyDelete