Bermula semalam, ZUS Coffee buat promo baru. Promo kali ni bukan biasa-biasa. Banyak barang menarik dan ... harga pun menarik. 😭
Promo ni namanya Buddy Work In Progress. Buddy buat comeback. Dalam masa sama, ada menu pastri baru yakni Cheesy Sausage Roll, Tom Yum Tuna Roti Canai Wrap dan Rendang Roti Canai Wrap.
Harga set combo (set baru, namanya Kinda Adult Meal) kali ni pun naik. Bukan sikit, tapi banyak. Sampai lebih RM30 hinggit. Lepas perah otak buat kira-kira, rupanya figurine Buddy bukan free. Tapi kena bayar. Harga lebih kurang RM10 seketul.
Aku beli seketul je. Tu pun versi GrabFood. Versi biasa aku tak beli. Maleh aku nak beli banyak-banyak. Kering poket nanti. 😢
Buat julung kalinya, promo baru ni dimulakan tanpa dapat sticker free. Staff kata kali ni sticker keluar lambat. Kalau ikutkan ada 4 tarikh berbeza:
- 3 Jun: ZUS Kinda Adult Meal (combo air dan makanan dapat figurine)
- 10 Jun: ZUS Buddy Work In Progress (combo air dapat figurine)
- 15 Jun: ZUS Buddy Sticker
- 22 Jun: ZUS Buddy Hippers
Semalam aku pergi ZUS dekat dengan rumah. Aku order guna GrabFood dan pick up sana jugak. Kes rider busy tak buat delivery. 😂
Lepas tolak diskaun, dapat lah harga yang tak murah sangat iaitu ... RM35.14. Aku beli set yang ada sosej dan air coklat. Staff kata tak boleh order apa-apa air kopi. Mesin rosak.
Air Double Chocolate Cip Frappé ni sedap je. Siap ada whipped cream lagi. Sebelum hirup air coklat guna straw, aku makan dulu whipped cream tu. Sampai comot mulut. Nasib baik ada tisu free. 😌
Sosej baru ni namanya Cheesy Sausage Roll. Tekstur luar macam croissant tapi dalam tu ada sosej dan keju. Sedap. Aku makan sampai bersepah meja sebab pastri tu rapuh kat luar. 😄
Figurine Buddy versi GrabFood ni limited edition lah jugak. Sebab staff kata tak banyak stok berbanding Buddy versi biasa. Dan ni jugak kali pertama ZUS bagi merch kalau order guna GrabFood. Kemain.
Cup sleeve kali ni pun comel jugak. Nampak lah team yang in charge promo baru ni tak makan gaji buta. Lawa design. Boleh simpan buat koleksi.
Ni je lah kot aku beli setakat ni. Nak save duit untuk sticker dan Hipper pulak lepas ni. Sebab sticker ada 2 jenis dan Hipper ada 8 jenis. 🤣





















0 Comments