Lama tak menulis. Tinggal kejap kes demam terjah tiba-tiba. Mungkin sebab hujan dan panas berselang-seli berjoget kat sini. Sekarang dah okey sikit. 😭
Aku nak cerita kisah aku pergi event MYFutureJobs pagi tadi. Saja nak memeriahkan suasana (padahal datang nak hadiah je).
Hari ni hari kedua event kat dalam AEON KB ni. Nak pergi semalam (Jumaat) macam pack sangat. Hari ni, ngam sikit.
Event ni ada kat center court mall. Tak silap aku, tujuannya nak promote MYFutureJobs. Ada banyak game menarik. Paling best, boleh dapat hadiah.
Aku pergi waktu pagi. Masa AEON bukak. Maleh aku datang lewat-lewat. Nanti ramai orang. Dan betul. Lepas je aku habiskan game dan redeem hadiah, kawasan tu penuh dengan orang. 😌
Sebelum boleh main game, kena register dulu kat booth depan. Kena install app MYFutureJobs kat phone. Lepas dah siap masukkan apa yang perlu, dapat keychain plushie yang shomell.
Lepas dah setel register, boleh proceed main game. Ada 5 jenis game kat situ. Main santai-santai je. Takde lah serius pun. Sebab nak dapat hadiah, tak perlu pun menang game. Asalkan scan QR code kat setiap tempat game tu, dikira join dah.
Masa nak redeem hadiah, staff bagi seketul syiling. Syiling ni gunanya untuk masukkan dalam mesin gachapon kat kaunter penebusan hadiah.
Alhamdulillah. Aku dapat blind box. Dalam kotak tu ada figurine maskot MYFutureJobs yakni Oyen. Benda ni memang aku aim dari awal-awal register tadi. Dapat jugak. 😂
Lepas dah siap claim hadiah, aku pergi kaunter air kopi. Boleh claim air kopi free lepas setel main game. Menarik tak?









0 Comments