Kumpul cup sleeve dan resit ZUS versi Work In Progress.


Balik rumah lepas kenyang makan sosej dan air coklat ZUS, aku scroll balik promo Buddy dalam app kat phone.

Masa tengok part cup sleeve, rupanya ada 3 design. Semalam masa aku pergi tu, aku ingatkan ada satu design je.


Sebab nak kumpul semua design tu, aku gigih lah pergi sekali lagi ke ZUS. Tapi cawangan lain. Dekat sikit dengan rumah. Aku order air kopi O je. Tolak diskaun, dapat lah RM5.52 seketul.


Aku mintak cup sleeve lebih. Staff sini bagi je. Sebab dia tahu aku kumpul benda aneh macam ni. Lagipun, kebanyakan customer buang dalam tong sampah jugak nanti.




Maka, dapat lah aku kesemua 3 design cup sleeve promo ZUS Buddy Work In Progress. Tapi bukan tu je. Ada jugak gambar Buddy kat resit.


Masa takde customer dan staff tak busy, aku mintak tolong dia print resit sebab nak kumpul gambar-gambar Buddy. Setakat ni, ada 5 ketul gambar lain-lain.






Menarik rak resit kali ni? Tak tahu lah ada gambar lain lagi ke tak. Kalau ikutkan, ada 4 lagi karakter yang tak cukup. Kalau ada, nanti boleh pergi lagi. 😁

Post a Comment

0 Comments