Payah betul nak beli perisa lada hantu ni kat kedai online. Tengok dalam Shopee, sold out. Dalam Lazada pun gitu jugak. Ramai peminat agaknya.
Masa singgah 7e, aku nampak jajan ni ada tersusun elok kat rak tepi peti sejuk. Harga agak keras lah sikit yakni RM5.30 seketul berbanding harga normal RM3.95 seketul. 7e kan? Mana nak murah melainkan ada promo. 😞
Sebab nak cuba rasanya macam mana, aku pun paksa rela beli. Nak tunggu beli online, entah bila akan restock.
Balik rumah, aku pun cuba lah. Rupa bebola jajan ni lebih kurang macam versi carbonara. Tapi rasa tak sama langsung.
Versi ghost pepper ni walaupun rasa tak sesedap versi carbonara (ghost pepper takde cheese) tapi rasa pedas tu yang buatkan jajan ni licin sekelip mata. Sekali ngap terus nak ngap sampai habis. 😅
Pedasnya tu bagi aku, jangan sesekali bagi kat budak ye. Kang menggelupur nangis mintak air. Aku makan ni pun terasa efek pedas kat lidah dalam beberapa minit.




0 Comments