Goodies dan sedikit jajan kahwin.


Hujung minggu lepas mak cik dan pak cik aku ada buat makan-makan sempena majlis kesyukuran anak diorang nikah. Sebelum tengah hari, aku ke sana.

Tak ramai orang lagi. Tak lama lepas tu, berduyun-duyun tetamu datang. Lepas makan, aku tolong lah apa yang patut. Kes tak menang tangan sebenarnya.

Lepas Asar baru aku balik. Sebab tetamu dah mula kurang. Sebelum balik, sempat lah aku rembat jajan yang ada. Tapi tinggal beberapa ketul je. Budak-budak yang menggila duk ambil dulu. 😅


Nasib baik diorang tak licinkan cekelat Dynamite yakni feveret aku. Orang lain tapau gulai balik rumah. Aku pulak tapau cekelat balik rumah. 😆

Post a Comment

0 Comments