Ecoshop jual blind box semut merah sempena FIFA 2026.


Tiba-tiba muncul blind box semut merah main bola sepak. Promo Quby hari tu pun masih panas lagi. Aku tahu pasal promo blind box ni pun sebab ada orang share. Nasib baik mainan ni cepat betul masuk kat ECO tempat aku.




Masa keluar ke bandar, aku singgah ECO. Tengok kat rak belakang kaunter, ada banyak blind box semut baru ni. Staff kata baru masuk sehari sebelum tu.



Blind box semut merah ni ada 2 versi: Siri 1 dan Siri 2. Dalam kotak setiap siri tu pun design semut lain-lain. Kenapa buat 2 versi? Entah. Mungkin nak mudahkan peminat semut merah ni kumpul semua jenis semut kot.



Total design semut ada 12 ketul. Aku beli 4 ketul setiap versi. Tak rasa nak kumpul semua design. Makan modal. Kang beli banyak-banyak, dapat design sama, rasa membazir pulak nanti.




Dalam 6 ketul yang aku dah bukak, aku dapat 5 design lain-lain. Seketul extra design sama. Nak timbang sebelum beli pun tak membantu. Kes berat setiap satu ni lebih kurang sama. Jadi, rezeki lah siapa yang boleh kumpul semua 12 design tanpa spend banyak duit. 😂

Post a Comment

0 Comments