Jajan baru: Mister Potato Balls Creamy Cabonara.


Mamee buat produk baru. Ada 2: versi carbonara dan versi ghost pepper. Tapi masa aku nak order tu, versi ghost pepper habis stok. Aku pun order je lah versi carbonara.


Seketul je aku order. RM3.95 seketul. Nak test sedap ke tak jajan baru ni. Masa tu Lazada bagi voucher free shipping tanpa minimum spend. Kes lama sudah tak order barang.


Jajan ni bentuk bulat-bulat. Sempena FIFA kot. Boleh tahan banyak dalam bungkusan tu. Lebih kurang separuh plastik. Kira okey lah kan?

Rasa versi carbonara ni lebih kepada rasa cheese sebenarnya. Aku tercari-cari jugak mana carbonara tu. 😌

Sedap tu sedap je. Sekali makan dah habis.

Post a Comment

3 Comments

  1. kalau cheese2 ni mesti sedap! nanti jumpa kat pasaraya, nak belilah

    ReplyDelete
  2. Ada jumpa jajan ni dekat 7E tapi mahal.. so kita hold dulu.. Kalau ada kat pasaraya baru kita beli..

    ReplyDelete
  3. MAcam sedap je. Lain kali nak cuba lah

    ReplyDelete