Corntoz versi Demon Slayer.


Dah lama aku beli. Baru sekarang dapat merasa kesemua 4 perisa Corntoz versi Demon Slayer. Ingat tak dulu aku dapat sticker dan tote bag Demon Slayer? Ha! Corntoz tu lah yang aku makan.


Mulanya ada 2 je pek Demon Slayer kat situ yang aku beli. Warna pink dan hijau. Pink perisa keju cili dan hijau perisa BBQ. Sebenarnya rasanya sama je dengan corntoz biasa. Cuma gambar kat pek tu yang lain. Tema Demon Slayer.



Rasa perisa keju cili ni best. Tak pedas sangat. Lebih rasa berkeju gitu. Aku ingatkan perisa carbonara. Sebab promo One Piece dulu ada perisa carbonara.



Perisa BBQ pulak macam kuat sangat rasanya. Aku tak berapa suka rasa snek BBQ selain Twisties dan Smax. Ingat lagi tak jajan tu? Zaman aku berhingus dulu, jajan-jajan tu lah pujaan budak-budak kampung.

Tak lama tu, aku masuk pasar raya. Jumpa corntoz perisa pedas. Aku beli seketul. Perisa pedas ni memang pedas. Rasanya ibarat corntoz pink 2x pedas tanpa keju. Perisa ni aku suka.



Kemudian, hari apa entah. Baru lagi. Aku masuk Ecoshop. Jumpa perisa pizza berkeju. Perisa versi Demon Slayer ni paling susah nak jumpa. Tak tahu kenapa. Kalau versi biasa tu banyak.



Tapi kan. Perisa pizza berkeju ni aku paling tak suka. Rasa pelik sikit. Aku tak tahu pizza jenis apa yang dimaksudkan. Pizza kan banyak jenis. Dan keju tu kan wajib ada kat pizza. Jadi, agaknya pizza berkeju apa yang diorang maksudkan? 😅

Post a Comment

18 Comments

  1. ahkak suka twisties. Bila corntoz ni macam kureng sikit lah

    ReplyDelete
  2. Twisties memang sedap. Dari dulu suka twisties berbanding corntoz.

    ReplyDelete
  3. Saya pun prefer twisties lagi. Menarik bungkusan setiap perisa corntoz ni. Buat orang tertarik nak beli. Kalau saya, nak cuba yang hotz & spicy tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus marketing diorang. Customer pun akan sentiasa ingat pasal Corntoz.

      Delete
  4. Orang lama memang lebih suka twisties. Corntoz ada juga pernah beli, tapi rasa macam masin sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Rasa Corntoz agak masin. Twisties secukup rasa.

      Delete
  5. memula dulu mkn corntoz ni asa pelik...
    sy makan yg warna merah tu...
    so kalau teringin nak rasa yg kaler merah tu jg yg sy cari hehehe

    ReplyDelete
  6. Corntoz versi Demon Slayer memang rare & menarik! Design packaging terus bagi vibes anime, rasa pun confirm lagi sedap sebab feeling collectable.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Walaupun packaging tapi best boleh kumpul.

      Delete
  7. daktiga suka beli, mak tumpang rasa je. dorang suka makan corntoz dengan nasi goreng.

    ReplyDelete
  8. Sha selalu beli corntoz yang cili keju tu ja.. Ada nampak versi demon slayer ini tapi rasanya yang cili keju tu ja.. Yang lain lain tu tak nampak pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pek merah dan pink mudah nak jumpa. Pek hijau dan kuning payah sikit.

      Delete