Dapat Pelekat Merdeka 2025 dari KFC.


Bermula 25 Ogos, ada promo Chicky Meal sempena Merdeka tahun ni. Aku excited jugak sebab kali ni, KFC bagi sticker lagi. Tema Merdeka pulak tu.


Aku order guna Foodpanda. Sebab ada voucher diskaun. Free delivery pulak tu. Lagi lah aku nak order. Aku beli set Chicky Meal dan beberapa item lain untuk dapat diskaun off RM14.

Dalam setengah jam, rider sampai. Dia mintak maaf sebab lewat sikit. Aku tak kisah pun. Asalkan makanan aku selamat sampai. 😄

Inilah makanan yang aku order. Set budak-budak. Tapi sebab nak sticker tu, aku beli je lah. Staff sini memang bagus. Dia masukkan sticker tu dalam plastik asing supaya tak basah.



Mochi strawberi tu aku order sebab nak cukupkan harga untuk dapat voucher diskaun. Lagipun, aku tak pernah makan mochi KFC ni. Entah macam mana rasanya.

Dalam kotak tu, ada 2 ketul mochi. Sejuk. Lembut je bila sentuh. Aku tak terus makan. Aku belah mochi tu nak tengok ada apa kat dalam.




Dalam mochi tu ada krim keju dan lelehan sirap strawberi. Sedap jugak rasanya. Walaupun mochi ni pemanis mulut, tapi rasanya elok je. Takde lah manis sangat.

Sticker Merdeka ni pulak ada 2 keping dalam tu. Sekeping yang warna putih tu sticker. Sekeping lagi kertas tebal sebagai background untuk menampal. Menarik.



Aku tak tampal. Beli KFC ni pun sebab nak sticker tu buat koleksi je. Kalau guna pun, bila dapat lebih. 😆

Post a Comment

22 Comments

  1. Dulu2 suka beli mercandise kfc. sekarang dah kurang lah dia buat. comel je stiker tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Start tahun bila entah. KFC kurang bagi free gift. Lagi-lagi dalam set Chicky Meal.

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh tahan sedap rasanya. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.

      Delete
  3. Cantik-cantik stiker tu. Kalau anak saya nampak ni memang dia minta belikan.

    ReplyDelete
  4. Lama tak makan keepci. Wah, ada mochi. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat mochi? Saya baru pertama kali makan mochi KFC ni.

      Delete
  5. Comelnya sticker. Macam sedap je mochi filling strawberry tu. Untung tu beli dengan diskaun dapat free delivery lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan sedap. Mungkin sebab saya jarang order Foodpanda. Tu yang diorang bagi voucher macam ni.

      Delete
  6. wah kfc ada mochi ye. saya lama tak makan kepcii
    berbaloi lah beli pakai FP harga rm14 incl delivery

    ReplyDelete
  7. sticker ni kalau didatangkan sekali dgn buku lg best...

    ReplyDelete
  8. dapat pelekat Merdeka 2025 dari KFC memang comel & rare! Boleh lekat kat botol air, laptop, atau planner vibes patriotik terus ada

    ReplyDelete
  9. Dulu masa muda dan ada anak kecik suka juga bila dapat stiker atau hadiah kecil. Sekarang ni dah tak minat lagi bila anak-anak dah besar.

    ReplyDelete
  10. aaa comey stiker. lekat dlm planner.

    ReplyDelete
  11. Sha baru cadang nak beli juga sebab suka sticker dia comel..

    ReplyDelete