Dapat keychain ZUS x MR. DIY pulak.


ZUS Coffee dah mulakan promo baru. Kali ni diorang collab dengan MR. DIY. Dinamakan Kita-Kita Series. Macam biasa lah. Bila dah promo, ada lah merchandise yang diorang bagi free.


Untuk promo ni, setiap pembelian air at least RM25, dapat seketul keychain. Ada 3 jenis keychain: Kedai Kita, Bengkel Kita dan Van Kita. Tapi kesemua keychain ni macam blind box. Dalam pek tu, tak nampak pun jenis mana satu.


Promo ni start 18 Ogos hari tu. Baru tadi aku sempat singgah ZUS masa keluar ke bandar. Masuk kedai, terus order. Aku beli 2 ketul air: ZUS Gula Melaka dan Iced Salted Caramel Chocolate.


Air sempena promo ni banyak. Ada 8 ketul. Aku tak beli pun air promo versi MR. DIY ni. Sebab semua tu latte. Aku tak suka latte. 😭


Aku dah biasa beli air gula melaka ni. Air ni antara favourite aku selain air buah. Sebab rasa gabungan kopi dan gula melaka tu aku suka. Unik. Kalau nak minum air ni, kena kacau bagi sebati. Kes gula melaka tu ada kat dasar. Kalau tak kacau, pahit rasa air ni.

Sebelum kacau.

Selepas kacau.

Air coklat salted caramel ni pun aku biasa beli. Salted caramel ada 2 versi: latte dan coklat. Sebab aku tak suka latte, aku beli versi coklat. Aku suka rasa coklat yang diorang guna. Sedap.


Macam biasa, setiap kali promo, akan ada sleeve cup baru. Kali ni ada seketul je. Tak banyak macam promo Buddy. Beg kertas pun takde kali ni. Hanya ada sejenis sleeve cup dan 3 jenis keychain. 😥


Tapi takpe lah. Asal ada. Aku dapat keychain jenis Bengkel Kita. Lawa jugak keychain ni. Keychain ni bukan jenis biasa. Dalam tu ada ketulan mini Buddy, maskot MR. DIY dan benda-benda lain. Kalau goncang, semua tu akan bergerak sekali.



Nak dapat keychain, kena order air ZUS secara pickup. Tak boleh buat delivery ataupun order kat kaunter. Ingat nak order lagi. Tapi risau pulak nanti dapat keychain yang sama pulak. 😄

Post a Comment

18 Comments

  1. Cantik la merchandise zus X mr.diy .. selamat mengumpul .. 😆

    ReplyDelete
  2. Bagus juga promosi kite ni apa lagi nak merdeka ni. comel keychainnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Diorang promote barang buatan Malaysia ni.

      Delete
  3. cutenyaaaa key chain dia. yang pelik2 je dari BolaKatok. tp semua comey hahaha

    ReplyDelete
  4. Tak sabar jugak nak amik keychin ni tunggu kids free nanti :D

    ReplyDelete
  5. Comel benda-benda tiny kat dalam keychain tu. Kreatif betul deme ni design keychain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trend sekarang keychain macam ni. Dulu-dulu trend keychain plastik yang boleh bukak letak gambar. 😂

      Delete
  6. Tadi baru nampak member share dapat keychain Kedai Kita.

    ReplyDelete
  7. Peminat Zus Coffee mesti kumpul ni. Agaknya buat cara order macam tu senang nak memudahkan kerja mereka kot. Dilema juga kan nak beli kot dapat yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu. Kita yang nak order boleh ambil masa untuk pilih air apa. Diorang pun tak perlu tunggu lama-lama sebab kita.

      Delete
  8. Kenapa tak suka latte? why~why~why?
    Cantik aih. Siap boleh goncang-goncang tu.
    Tak sukanya blindbox, huaaa! sebab kita nak patung Vic tak dapat lagi. Ghisau nak beli Vico lagi takut dpt yg dah ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab rasa susu kuat sangat. 😭

      Saya pun cari jugak patung Vico. Tapi sini kedai tak terlibat.

      Delete