Review Rendang Nyet Berapi dari Khairulaming.


Beberapa minggu lepas, Khairulaming launch produk baru. Rendang ayam pedas yang diberi nama Rendang Nyet Berapi. Kenapa ada Nyet kat situ aku tak pasti. Mungkin tagline produk keluaran dia kot.


Harga asal rendang ni RM17.99. Bukan murah. Agak mahal bagi aku. Aku beli kat Shopee. Dapat live voucher off RM3. Jadi, seketul rendang paket ni aku beli dengan harga RM14.99.


Nak dapatkan rendang ni tak susah pun. Kalau beli kat Shopee, ada waktu-waktu yang diorang dah set untuk topup stok rendang ni.


Rendang paket ni disertakan sekali dengan photocard baru. Gambar Khairulaming dengan beberapa jenis menu yang boleh dimakan sekali dengan rendang.


Aku cuba makan rendang ni. Mulannya aku tak pasti ni rendang ayam ke daging. Sebab takde label pun kat depan tu. Bila tengok kat belakang, baru nampak kat situ ada tulis ayam.


Pedas. Masa aku makan secoit, terasa pedas kat lidah sampai terbatuk-batuk. Tapi takde lah pedas melampau. Masih boleh telan. Walaupun pedas, rendang ni aku kategorikan sebagai rendang yang sedap. Rasa pun elok. Takde terlebih masin, manis atau tawar.


Dalam paket ni, banyak jugak ketulan ayam. Cuma ayam tu besar sikit. Kalau dipotong kecil sikit lagi better. Sebab tak puas makan. Sekali makan pun dah tinggal separuh paket. 😅


Lagi satu, aroma daun kunyit takde. Aku tengok belakang paket, ada je diorang masukkan daun kunyit. Tapi bila makan, tak terasa pun ada. Aku yang dah terbiasa masak rendang letak daun kunyit, terasa agak kureng sikit kalau aroma tu takde dalam rendang.

Bagi aku, walaupun ada sikit kekurangan, tapi produk kali ni menjadi jugak lah. Rasa overall pun sedap. Kalau ada promo, boleh repeat order lagi lepas ni. 😄

Post a Comment

27 Comments

  1. Kalau ada promo, boleh repeat order lagi. Maknanya sedaplah tu kan.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya yang tak tahu masak, kategori sedap juga :)

    ReplyDelete
  3. Ramai yang kata sedap. Untung juga beli ada promo. Rasa pun kena dengan selera cuma kurang sikit bab daun kunyit tu ye. Mungkin kena tambah sendiri baru rasa sedap. Nyet tu mungkin dah jadi trademark KA kot kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part daun kunyit memang hambar. Terpaksa alter sendiri baru menjadi. 😅

      Delete
  4. ramai review rendang ni sedap berbanding dendeng nyet. saya belum beli lagi rendang ni. kena tunggu next time lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yang saya rasa. Dendeng tu semacam sikit. Ada yang lagi sedap dari tu kat luar.

      Delete
  5. nak saya tag KA ke ni suruh dia baca?
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ke dia baca blog saya ni? Dia busy masak rendang. 😆

      Delete
  6. Alaaa, belum sempat lagi nak beli Rendang Nyet 😅 Tapi dengar cerita memang sedap gila, siap terliur je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila tu takde lah. Tapi sedap tu pasti. 😂

      Delete
    2. Nk kena cuba nii ..portion tu lepas tak untuk dua orang makan

      Delete
  7. Ramai kata sedap.. bagus lah support produk² gini. Rendang ayam je ya yang ada.

    ReplyDelete
  8. Kalau saya suka pedas. Tengok menyelerakan rendangnya.

    ReplyDelete
  9. Saya belum cuba lagi tapi ramai review pedas jadi tak sabar nak beli cuma RM18 tu agak mahal jugalah sebab ramai dalam rumah ni tak cukup satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang mahal bagi saya. Sebab isi dalam tu tak banyak pun.

      Delete
  10. nampak rupa dia sempurna dan mengancam . sedap rupanya. nak try la. senang kalau travel ada lauk camni

    ReplyDelete
  11. janji mudah disediakan. makan ketika bersahur, gerenti sedap.

    ReplyDelete
  12. Boleh cuba beli ni nanti.. Setakat ini tak berrezeki lagi nak cuba produk KA ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada lah nanti peluang tu. Sekarang senang je nak dapat. Tak payah berebut sangat.

      Delete
  13. sebelum ni dah rasa sambal dan dendeng. Kali ni nak cuba rendang dia lah pulak tapi kena tunggu sebab lah ni masih hot lagi jualannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak senang, ikut je timing yang dia bagi. InsyaAllah dapat beli.

      Delete