Semalam aku ke bandar kejap. Nampak Ecoshop, aku masuk. Nak cari tipuware niatnya. Bajet tak lebih RM10. Tapi magic betul. Lebih RM30 melayang. 😭
Lepas jumpa beberapa ketul tipuware yang aku nak, aku pusing lah dalam kedai tu tengok apa yang ada (ini puncanya). Ada berapa promo menarik. Antaranya barang makanan kat sini turun harga kepada RM2.40. Tak kisah jenis apa. Asalkan makanan, semua RM2.40.
Masuk pulak kawasan mainan. Lagi banyak benda menarik. Aku jumpa macam-macam jenis mainan blind box baru. Banyak sangat. Sampaikan tak tahu aku nak beli yang mana.
Sebab tak sanggup nak laburkan duit terlalu banyak, aku ambil lah design koala. Aku beli beberapa ketul. Ada 5 design koala tu. Kalau tak complete, nanti aku plan nak beli lagi. 😅
Selain tu, sempena Merdeka, pembelian at least RM30, dapat tote bag versi Merdeka. Mulanya aku pelik jugak siapa model lelaki pakai apron tu. Aku pun cari lah dalam Internet.
Namanya Che Sayang. Femes kat TikTok. Suka masak-masak. Macam Khairulaming dan Che Nom jugak pesennya. Ecoshop ambil dia jadi duta kali ni.
24 Comments
Che Sayang ni saya kenal menerusi IG. Suka jugak tengok masakan dia, biasanya dia buat masakan simple.
ReplyDeletePatut lah dia pakai apron macam tu.
DeleteChe sayang akak selalu tenguk kat fb. Masakan simple tapi nampak sedap. Satu slogan yang bagus
ReplyDeleteKann. Boleh cuba resepi dia.
DeleteNampak cam budak sekolah pulak Che Sayang dalam tote bag tu.
ReplyDelete😅
Deletesuka tengok resepi che sayang.. tapi yang paling kelakar, bila che sayang kena jadi cikgu ganti semasa KA demam ramadhan hari tu.. ^^
ReplyDeleteKalau menarik, mesti ramai yang tengok. 😆
Deleteberkenan dengan cik koala tu hikssss
ReplyDeleteKena cari lah nanti. 😂
DeleteDapat juga totebag yang dimahukan tu. Che Sayang saya baru kenal masa dia menang anugerah tiktok ke apa entah dulu. Sebelum tu tak kenal. Sekarang dah popular dah dia.
ReplyDeleteBetul. Saya macam ingat-ingat lupa. Rasanya pernah tengok sekejap anugerah tu. Yang Khairulaming bagi kat dia.
DeleteSuka tengok IG Che Sayang. Mudah resepinya.
ReplyDelete😁
DeleteMenarik...nak juga beg :)
ReplyDeleteKena pergi shopping kat Ecoshop lah macam tu.
Deletekadang2 ada tengok ig che sayang ni. trademark dia '2 minit 1 resipi bersama che sayang'
ReplyDeleteSiap ada trademark. Mesti menarik tu.
DeleteSuka juga tengok TT Che Sayang ni sbb masakannya simple2, senang nak tiruvasi :D
ReplyDeleteRajin dia kongsi resepi.
DeleteKalau dah RM30 dekat Eco mmg penuh la barang dalam raga tu hahaha...
ReplyDeleteHampir penuh. Sebab beli barang kecil je.
DeleteCantiknya totebag tu .. lepas ni kalau nak ke eco , niat nak beli barangan yg sikit boleh laa bawa totebag nii .
ReplyDeleteBoleh jugak. Beg macam ni Ecoshop pun ada jual sebenarnya. Tapi gambar lain lah.
Delete