Masuk ZUS Coffee cari keychain lagi.


Tadi aku singgah lagi ZUS. Ada hal sikit kat bandar. Hari tu aku dah beli kopi dan dapat seketul keychain versi Bengkel Kita. Kali ni, nak cuba nasib tengok dapat versi baru atau sama.

Aku order air Matcha Lemonade dan Iced French Vanilla Chocolate. Aku dah pernah minum air matcha tu. Sebab utama aku order matcha sekali lagi kes nak dapatkan sticker Meowtcha.


Cawangan sini masih ada banyak lagi sticker ni walaupun promo Meowtcha dah lama. Aku nampak sticker ni kat atas kaunter. Alang-alang nak genapkan RM25, aku order lah air matcha.



Aku sebenarnya segan nak snap gambar lebih-lebih. Kes ada family betul-betul sebelah meja aku tengah rancak bersembang. 😂

Ni kali pertama aku order air coklat vanila. Nak try rasanya macam mana. Boleh tahan sedap. Rasa coklatnya tak kuat sangat. Boleh katakan versi light air coklat karamel.


Sedihnya, sleeve cup dah habis. Out of stock. Selalunya tak macam ni bila ada promo. Mungkin sebab ada contest. Tak silap aku, sleeve cup tu kita boleh warnakan dan submit online untuk dapat kopi free.

Kali ni, aku dapat keychain versi Van Kita. Staff situ tolong pilih. Katanya kalau Van Kita, senang sikit nak tahu. Sebab ada bonjolan tayar.



Maka, dapat lah aku total 2 ketul keychain yang berlainan design. Seketul Bengkel Kita dan seketul lagi Van Kita.


Keychain warna biru (Kedai Kita) belum dapat lagi. Yang ni memang payah lah aku nak teka. Sebab bentuk keychain tu sama dengan Bengkel Kita. Harap ada lah yang jual dalam Shopee nanti. Senang sikit. Tak payah risau dapat design sama.

Post a Comment

19 Comments

  1. Hari tu nak juga amik keychin ni tapi kena bayar dalam apps dan RM25.00 baru dpt.. terus kata dlam hati nanti dtg bawa kids sekali la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau datang dengan family, lagi berbaloi.

      Delete
  2. Rajin ye, collect keychain edisi Kita-kita DIY ni. Comel keychainnya.

    ReplyDelete
  3. Comel keychainnya. Banyak dah ye koleksi keychain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat saya komen ni, dah berjaya kumpul kesemua keychain dah. 😄

      Delete
  4. Bagusnya staff tu rajin melayan dan pilih keychain yang kita belum ada. Selamat mengumpul koleksi keychain Zus Coffee. Makin rancak lah mengopi lepas ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Staff sini baik dan mesra. Jenis tak sombong bila diorang tahu kita ni peminat atau pengumpul barang ZUS.

      Delete
  5. cari keychain lagi memang fun gila! Minum kopi, sambil check kalau dapat keychain baru feeling macam treasure hunt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa jugak macam tu. Staff pun sama-sama join.

      Delete
  6. aaaaaaaa stiker yg sedang dalam ketagihan tu.... aaaaa.......(jeritan meroyan). keychain ku tak hairan, ahaks!
    suka matcha atau suka kopi. yes matcha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada peluang, cari lah. Bukan senang sticker macam ni nak muncul.

      Delete
  7. Baguslah staf dia.. Keychain dia pun cun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang saya repeat order. Jumpa staff bagus, kita pun senang hati nak beli.

      Delete