Beberapa minggu lepas, Khairulaming launch produk baru. Rendang ayam pedas yang diberi nama Rendang Nyet Berapi. Kenapa ada Nyet kat situ aku tak pasti. Mungkin tagline produk keluaran dia kot.
Harga asal rendang ni RM17.99. Bukan murah. Agak mahal bagi aku. Aku beli kat Shopee. Dapat live voucher off RM3. Jadi, seketul rendang paket ni aku beli dengan harga RM14.99.
Nak dapatkan rendang ni tak susah pun. Kalau beli kat Shopee, ada waktu-waktu yang diorang dah set untuk topup stok rendang ni.
Rendang paket ni disertakan sekali dengan photocard baru. Gambar Khairulaming dengan beberapa jenis menu yang boleh dimakan sekali dengan rendang.
Aku cuba makan rendang ni. Mulannya aku tak pasti ni rendang ayam ke daging. Sebab takde label pun kat depan tu. Bila tengok kat belakang, baru nampak kat situ ada tulis ayam.
Pedas. Masa aku makan secoit, terasa pedas kat lidah sampai terbatuk-batuk. Tapi takde lah pedas melampau. Masih boleh telan. Walaupun pedas, rendang ni aku kategorikan sebagai rendang yang sedap. Rasa pun elok. Takde terlebih masin, manis atau tawar.
Dalam paket ni, banyak jugak ketulan ayam. Cuma ayam tu besar sikit. Kalau dipotong kecil sikit lagi better. Sebab tak puas makan. Sekali makan pun dah tinggal separuh paket. 😅
Lagi satu, aroma daun kunyit takde. Aku tengok belakang paket, ada je diorang masukkan daun kunyit. Tapi bila makan, tak terasa pun ada. Aku yang dah terbiasa masak rendang letak daun kunyit, terasa agak kureng sikit kalau aroma tu takde dalam rendang.
Bagi aku, walaupun ada sikit kekurangan, tapi produk kali ni menjadi jugak lah. Rasa overall pun sedap. Kalau ada promo, boleh repeat order lagi lepas ni. 😄
27 Comments
Kalau ada promo, boleh repeat order lagi. Maknanya sedaplah tu kan.
ReplyDeleteBetter dari Dendeng Nyet. 😄
DeleteBagi saya yang tak tahu masak, kategori sedap juga :)
ReplyDeleteBetul. 👍
DeleteRamai yang kata sedap. Untung juga beli ada promo. Rasa pun kena dengan selera cuma kurang sikit bab daun kunyit tu ye. Mungkin kena tambah sendiri baru rasa sedap. Nyet tu mungkin dah jadi trademark KA kot kan.
ReplyDeletePart daun kunyit memang hambar. Terpaksa alter sendiri baru menjadi. 😅
Deleteramai review rendang ni sedap berbanding dendeng nyet. saya belum beli lagi rendang ni. kena tunggu next time lah :D
ReplyDeleteItu lah yang saya rasa. Dendeng tu semacam sikit. Ada yang lagi sedap dari tu kat luar.
Deletenak saya tag KA ke ni suruh dia baca?
ReplyDeletehehehe
Nak ke dia baca blog saya ni? Dia busy masak rendang. 😆
DeleteAlaaa, belum sempat lagi nak beli Rendang Nyet 😅 Tapi dengar cerita memang sedap gila, siap terliur je
ReplyDeleteGila tu takde lah. Tapi sedap tu pasti. 😂
DeleteNk kena cuba nii ..portion tu lepas tak untuk dua orang makan
DeleteRamai kata sedap.. bagus lah support produk² gini. Rendang ayam je ya yang ada.
ReplyDeleteItu lah. Semua familiar dengan rendang ayam.
DeleteKalau saya suka pedas. Tengok menyelerakan rendangnya.
ReplyDeleteSedap. Recommended.
DeleteSaya belum cuba lagi tapi ramai review pedas jadi tak sabar nak beli cuma RM18 tu agak mahal jugalah sebab ramai dalam rumah ni tak cukup satu.
ReplyDeleteKann. Memang mahal bagi saya. Sebab isi dalam tu tak banyak pun.
Deletenampak rupa dia sempurna dan mengancam . sedap rupanya. nak try la. senang kalau travel ada lauk camni
ReplyDeleteMudah. Bukak dan terus makan.
Deletejanji mudah disediakan. makan ketika bersahur, gerenti sedap.
ReplyDeleteMemang. 🤭
DeleteBoleh cuba beli ni nanti.. Setakat ini tak berrezeki lagi nak cuba produk KA ini..
ReplyDeleteInsyaAllah ada lah nanti peluang tu. Sekarang senang je nak dapat. Tak payah berebut sangat.
Deletesebelum ni dah rasa sambal dan dendeng. Kali ni nak cuba rendang dia lah pulak tapi kena tunggu sebab lah ni masih hot lagi jualannya.
ReplyDeleteKalau nak senang, ikut je timing yang dia bagi. InsyaAllah dapat beli.
Delete