Dapat ZUS Buddy plushie versi Joy pulak kali ni.


Disebabkan minggu ni last promo untuk dapatkan patung ZUS Buddy, tadi aku singgah lah ZUS Coffee. Nak order delivery tak boleh. Jadi, aku rajinkan diri pergi ke sana pagi-pagi.

Hari ni order aku agak lambat. Staff kata ramai yang order. Kes nak dapatkan patung percuma versi Joy. Walaupun dia kata kena tunggu lama, tapi sekejap je aku dapat order aku. Tak sampai setengah jam pun.

Kali ni aku beli OATSIDE Japanese Genmaicha Latté dan CEO Coconut Latté. Saja nak cuba air yang aku tak pernah rasa. Dalam masa sama nak cukupkan RM25 untuk dapatkan patung percuma.


Tapi sedih jugak lah. Aku ingatkan air-air yang aku beli ni sedap dan kena dengan tekak aku. Rupanya bukan. Terpaksa telan sampai habis sebab tak nak membazir.


Air OATSIDE Japanese Genmaicha Latté bukan air matcha yang biasa aku minum walaupun warnanya hijau. Rasa air ni pelik yang amat. Macam rasa rumpai laut. Aku ingatkan air matcha. Sebab tu aku beriya beli. 😭


Air CEO Coconut Latté ni pulak aku beli kes nak cuba apa rasa kopi gabung dengan santan. Tapi hampa. Rasa air ni pahit dan kelat. Tak rasa pun lemak santan. Banyak rasa kopi. 😥

Tak kisah lah. Sekurang-kurangnya aku dah rasa air-air ni macam mana. Nanti tak payah lah aku gatal tangan nak order lagi. Baik aku order air biasa atau air buah.



Kali ni pun aku mintak paper bag dan cup sleeve. Kena bayar singgit kalau nak lebih. Blind box ZUS Buddy tu aku tak bukak lagi. Entah apa yang ada dalam tu tak tahu lah. Harap-harap bukan design pelik. 😆

Post a Comment

25 Comments

  1. yeay..dpt dah. semalam pagi masa MA order pun, dah panjang dah order list nya..semua gara2 zus buddy ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab ni kan promo last patung ni. Mungkin tahun depan pulak ada.

      Delete
  2. Boleh geng dgn Mummy Ayu ni, dia pun vollector zus buddy plushie ni :)

    ReplyDelete
  3. OATSIDE Japanese Genmaicha Latté ni sebab gabungan matcha ya g pahit dengan oat kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi genmaicha ni lain. Tak sama dengan matcha.

      Delete
  4. adik dengan kakak saya pun kumpul mende ni. setiap minggu diorang beli, ada berbelas-belas dah penuh satu paper bag.

    saya suka japanese genmaicha tu. dia rasa hangit2 terbakar sikit dan tak manis sangat. maybe sebab saya memang suka matcha kot haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa roasted kan? Kalau suka, memang best lah minum air ni.

      Delete
  5. Apa² yang oat, jangan order, tak sedap. Hehe.. alaa... Nape tak buka? Nak tengok juga dia dapat mana satu. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni memang tak order dah kalau memang tak sedap.

      Delete
  6. Sambil minum sambil mengumpul 👍🏼👍🏼👍🏼.

    ReplyDelete
  7. mujur saya tak terjebak dengan plushie..selalunya kalau beli air zus, saya akan book online dan pickup...lagi mudah gitu sbb zus banyak kat area rumah..

    ReplyDelete
  8. Air pelik pelik rasa ek..Haha . kelainan betul...Okay, apa dalam blind box Zus Buddy tuh...hehehe..

    ReplyDelete
  9. Oleh kerana kopi Zus ini ada satu je yan ngam dengan Sha, tak adalah beriaya nak dapatkan plushie dia.. kalau tak tu, memang nak lah juga..

    ReplyDelete
  10. Wahhh... blind box tu kami pun tertanya² apa isinya....
    aishhh...dah macam blind date je bunyinya tu.

    ReplyDelete
  11. rasanya dia pakai santan kotak tu... tu yg rasa pelik. kalau guna santan ori rasanya tak kan jadi mcm tu....

    ReplyDelete
  12. Berakhirlah sudah perebutan Joy. Untung juga dapat rebut yang terakhir ni. Kalau tengok air yang dipesan tu macam sedap. Mungkin sedap di tekak orang lain, bukan tekak kita. Tapi betullah cakap BK, dapat juga merasa and next time tak order dah.

    ReplyDelete