Terjumpa kek pisang hiris jenama CSH.


Pernah dengar jenama CSH? Kali pertama aku jumpa kek dan roti jenama CSH kat kedai runcit. Siap ada rak khas lagi untuk letak produk diorang.

Masa duk usaha rak tu, aku nampak benda menarik. Ada hirisan kek pisang seketul dalam bungkusan. Tak sangka wujud benda ni.


Kek pisang macam ni lah yang aku cari. Tak membazir. Selama ni aku beli kek pisang yang biasa tu. Versi panjang. Kena potong bila nak makan. Kadang tak habis sebab banyak sangat dan cepat je expired.

Kewujudan kek pisang hiris yang ada seketul dalam pek, buatkan aku teruja nak cuba. Tak pernah wujud benda ni sebelum ni. Bagus betul company ni buat sesuatu yang sangat praktikal.


Aku cuba makan. Lembut keknya. Sedap jugak rasanya. Standard kek pisang yang aku biasa makan. Tapi yang paling best, rasa kek pisang ni tak terlalu manis macam kek pisang lain.

Kalau Gardenia buat kek pisang macam ni mesti best. Tapi belum pernah rasanya Gardenia buat kek. Selalu jumpa roti dan mi.

Harga seketul ni RM1.30. Bagi aku, dengan harga macam ni, cukup berbaloi. Peminat kek pisang pasti suka kek pisang hiris macam ni. Boleh letak dalam beg sebagai makanan on-the-go.

Post a Comment

29 Comments

  1. Pernah nampak jenis bungkus satu potong macam ni tapi tak pernah membeli. Okaylah tu kan kalau teringin dapat merasa sepotong dari kena beli 1 loaf tu paling kurang. Biasa macam ni dia manis, rupanya kurang manis ye. Kira dah bagus dah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Bila wujud kek seketul macam ni, lagi best sebab boleh makan bila perlu.

      Kek ni memang tak manis melampau. Sesuai untuk sesiapa yang tak ambil banyak gula.

      Delete
  2. Akak tgk csh tu banyak kilang dia dan banyak juga product dia.. Tapi bila baca detail lebih baik cari gardenia lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gardenia takde pulak kek macam ni. Kalau ada, saya antara orang terawal beli. 😄

      Delete
  3. Replies
    1. Mungkin masih baru atau tak semua kedai masuk.

      Delete
  4. selalu akak beli kekbuah....senang beli utk sekali makan

    ReplyDelete
  5. haa CSH ni ada jugak kek buah sepotong-sepotong.. sedap lembut jugak kek nya

    ReplyDelete
  6. Dulu² gerai² kampung ada jual kek pisang siap dipotong gini. Cuma letak dlm plastik lutsinar dan di-stapler. Seingat PH harganya tak sampai seringgit sepotong tu. Zaman tu la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari dulu lagi kek pisang ada rupanya. Mesti ramai peminat tu.

      Delete
  7. tahu ada brand ni, reroti brand ni macam kek. kita suka beli yg mcm kek ada lapis cream tengah2 or roti tapi coraknya macam kek marble, bila nak makan, koyak sikit tekan-tekan kasi padat then celup dgn kopi. sedaaap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak hari tu. Menarik cara celup kopi tu. 😂

      Delete
  8. CSH ni produk roti pun banyak...sedap jugak...

    ReplyDelete
  9. Ada kek pisang hiris atau sepotong macam ni, di 7-Eleven. Jenama dia la. Selain kek pisang, ada kek coklat, dan red velvet juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan saya. Mungkin sebab jarang masuk 7e. Nanti boleh usha. 😆

      Delete
  10. Jenama ni tak pernah jumpa lagi tapi kek pisang selalunya sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak yang tak sedap. Terlalu manis gula, bukan manis pisang. 😭

      Delete
  11. Praktikal dijual saiz gini.
    Nampak elok kejadiannya. Agak-agak jenis yang moist atau kering.
    Kadang beli kek kuat rasa vanilanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tengok jenis moist. Bila makan, tak berterabur sisa-sisanya. Rasa pun elok. Tak tengik.

      Delete
  12. Pada Sha, versi macam ini lagi mudah nak makan.. Kadang bukan nak makan banyak pun.. Baguslah syarikat ini..

    ReplyDelete