Misi mencari roti Gardenia perisa durian selesai!


Semalam aku rajinkan diri keluar ke bandar. Singgah kejap dalam Econsave. Benda pertama yang aku nak cari harus lah roti durian.

Tapi sayangnya masa aku usha rak roti kat pintu masuk, roti tu takde. Even perisa strawberi pun takde. Aku tanya staff tepi tu. Katanya driver lori baru lepas ambil keluar roti expired. Nanti dia datang bawak roti baru.


Katanya jugak, hari tu ada roti durian. Setiap hari Khamis dan hari apa entah, roti durian masuk. Roti strawberi masuk 2 hari lain. Aku pun tunggu lah driver tu datang sambil pusing satu pasar raya tu.



Tak lama lepas tu, aku tengok dari jauh ada orang topup roti Gardenia. Driver tu dah masuk bawak stok baru. Seketul RM1.20. Aku apa lagi, terus ambil 5 ketul roti durian. Punya lah payah nak dapat.

Personal review


Masa bukak pek, aku expect akan keluar bau durian yang kuat. Tapi tak. Bau sedang-sedang je. Hanya bila krim durian dalam tu muncul, baru lah bau semerbak durian muncul.


Kuat baunya. Sampai kan bila aku hidu krim tu semua, takde bau. Macam hilang sekejap deria bau aku. Mungkin kuat sangat bau durian tu. Risau pulak roti ni kena banned naik public transport nanti. 😂



Aku belah. Isi dalam roti ni warna hijau muda. Rasa roti durian ni aku letak dalam kategori sedap. Roti lembut. Krim durian tu pun sedap dan tak kedekut. Walaupun aku bukan peminat durian, aku tabik lah siapa yang cipta roti durian ni.

Cuma aku berpendapat, tak digalakkan makan roti ni masa kerja, masuk ofis, meeting, sebelum solat atau travel. Nanti mulut bau durian pulak. Kesian member sebelah. 😅

Post a Comment

27 Comments

  1. Setuju dengan review BK. Dalam kereta pun tak boleh buka. Nanti orang lain yang tak makan durian, boleh pening. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pening saja takpe. Kalau add-on muntah, habis lah kereta tu. 😂

      Delete
  2. Alhamdulillah...akhirnya dapat juga merasa roti durian gardenia yang dicari-cari selama ni. Dia macam durian sebenar juga ek kuat baunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang. Baunya sangat menyegarkan minda. 😆

      Delete
  3. Mana-mana tempat ada makanan ni..memang sedap lembut masuk tekak

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Terima kasih sudi follow blog saya yang tak seberapa ni. 😄

      Delete
  5. Janganlah di tempat kerja ada yang beli dan makan pulak dalam ruangan tertutup.. kesian pada mereka yang tak makan durian.

    ReplyDelete
  6. Kalau bawak makan dalam kereta pun akak tak akan bagi.
    Ritu dah nampak sricker kat rak roti Gardenia perisa durian dan strawberi tapi rotinya tak ada.

    ReplyDelete
  7. Bagus ada boleh tolerate dengan org yg x makan durian..bapak saya dulu sanggup dia kejar ank dia yg x makan durian letak depan muka...suruh hidu bau durian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan. Ada yang sampai termuntah walaupun bau durian.

      Delete
  8. kat sini nan hado......jelessss tau hahhahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada lah tu. Sekarang ramai berebut sebab benda viral.

      Delete
  9. menarik ni, kene cari jugak balik nanti

    ReplyDelete
  10. Belum nampak di rak kedai runcit sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang payah nak dapat. Kalau masuk, cepat je sold out.

      Delete
  11. dapat makan duyan sebenarnya. roti tak jumpa lagi, tahniah anda pemenangnya. ahahaha!

    ReplyDelete
  12. MA pun belum try lagi..kena cari jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga jumpa. Sini dah tak nampak bayang. 🤣

      Delete
  13. Sha suka betul makan roti durian ini.. Kalau jumpa memang belilah.. Kira macam lepas gian makan durian lah bila dapat roti durian gardenia ni..

    ReplyDelete