Hari tu aku buat ayam goreng celup tepung. Guna tepung Puteri versi pedas. Sedap? Boleh tahan. Aku jadikan stok kat dapur.
Kali ni aku cuba masak guna tepung versi original. Aku beli tepung ni kat sebuah pasar raya. Masa tu ada promo. Sebungkus tak sampai RM7. Harga runcit tepung ni asalnya RM10 lebih.
Masak macam biasa. Buat 2 bancuhan. Satu kering, satu basah. Perap dalam bancuhan basah sekejap dan salut ayam guna bancuhan kering. Lepas tu goreng.
Aku suka tepung ni. Ayam yang aku goreng ni tak masin. Tak macam tepung Bestari original. Masin. Sebab tu aku selalu guna tepung Bestari versi pedas.
Tepung Puteri original ni rasa sedap. Walaupun warnanya tak menyerlah macam tepung versi pedas, tapi menjadi lah rasa ayam yang aku goreng ni. Rasa macam nak pergi beli lagi tepung ni. Buat stok selagi ada promo murah. 😆
25 Comments
boleh lah kak mieja try tepung jenama puteri..
ReplyDeleteSila-sila. 😄
DeleteOkay sangat tu kalau tak masin. Jenis yang masin tu kena tambah tepung lain bagi nak kurangkan kemasinan tu.
ReplyDeleteBetul. Yang ni ngam.
Deletesedapnya tengok, petang nanti nak buatlah. utk buka puasa.
ReplyDeleteAlhamdulillah. 🤲
DeleteLainkali boleh try jenama ni pula. Kami stop beli Bestari sebab memang terasa masin. Ritu tukar kepada jenama Aroma.
ReplyDeleteKann. Aroma pernah makan. Boleh tahan rasanya.
DeleteBoleh try. Kebetulan nak restock tepung2 ni...
ReplyDeleteBoleh-boleh. 😀
DeleteOk..boleh add to cart...
ReplyDelete😆
DeleteBaiklah. Nanti kalau jumpa, akak beli. Pagi tadi, goreng ayam yang diperap serbuk kunyit dan paprika saja. Boleh ler..
ReplyDeleteSedap jugak macam tu. Kena cari jugak serbuk paprika ni.
DeleteBoleh try beli kalau jumpa lepas ni.
ReplyDeleteSila-sila. 😄
Deletebestari punya tepung original ye yg masin tu?
ReplyDeletekami kat rumah pun dah lama tak pakai bestari. mak saya suka beli tepung sasa yg dari indonesia tu. puteri ni nampak macam best je utk try
Betul. Bestari versi ori masin. Versi pedas elok.
DeleteYang original memang tiada perisa kot. Boleh try lah nanti.
ReplyDeleteMungkin jugak. Tapi sedap bila dah goreng.
DeleteMA selalu guna tepung bestari tu
ReplyDeleteSama lah. Bestari memang ngam. Cuma perisa original rasanya terlebih masin.
Deletewah ahkak selalu guna bestari. Nanti nak cuba lah cari p3
ReplyDeleteSila-sila. 😀
DeleteSha tak pernah lagi cuba versi Puteri ini.. Selalu beli yang Bestari pedas ja..
ReplyDelete