Aku pergi 7e. Nak tengok promo apa yang menarik dalam tu. Masuk bahagian roti. Aku cari croissant jenama 7DAYS. Ada perisa baru. Tapi takde pulak dalam 7e tu.
Sebenarnya aku tertarik dengan iklan dalam FB. Masa duk tengok page rasmi 7e, diorang baru promote croissant perisa ni. Nampak macam menarik. Tu yang aku gigih pergi cari.
Keluar 7e, aku duk fikir mana pulak nak cari croissant ni. CU? emart? Pasar raya? Aku masuk pasar raya kawasan tu. Dekat je. Masa usha rak roti, mujur ada. Banyak. Aku ambil seketul. Buat raso-raso.
Harga croissant ni RM2.00 seketul. Standard harganya macam tu. Ni bukan roti biasa. Croissant. Jadi harga up lah sikit.
Balik rumah, aku pun cuba try test. Nak tahu jugak rasanya macam mana. Croissant ni lembut. Cuma tak sama dengan croissant asli. Mungkin nak match dengan selera orang Malaysia.
Dalam tu, ada 2 jenis filling: kaya-pandan dan butter. Hijau tu kaya-pandan, kuning tu butter. Sedap tu sedap. Tapi manis sangat. Aku rasa sikit pun dah terasa manis. Nak makan hari-hari macam roti biasa, tak sanggup pulak. 😅
Itu je lah kurengnya. Yang lain best.
21 Comments
Kaya pandan + butter memang kesukaan, dengan apa jenis roti.
ReplyDeletePilihan terbaik. 👍
Deletecantik pulak combination kaler tu. saya pun tak tahan sangat makan roti manis2 ni.. dah lama stop makan roti utk bekpess
ReplyDeleteBetul dah tu. Manis sangat pun tak best jugak.
Deletewaaahhhh boleh try
ReplyDeleteSila-sila. 😀
Deletegabungan tu dah menarik dah tapi bila tengok warna inti dia rasa kembang tekak pulak sebab warna dia tak cantik hahaha
ReplyDeleteKureng sikit.
Delete7 day fav anak² sy... so far x jumpa lg yg inti ni
ReplyDeleteUntung lah boleh beli selalu jenama ni. Kat tempat saya tak masuk pulak.
DeleteAla.. memang potongla kalau manis sangat..
ReplyDeleteKann. Tapi makan takde inti tu, sedap. Patut diorang buat versi kosong.
DeleteDah rasa...boleh la rasa dia...manis yes...
ReplyDelete😂
DeleteSelalu tengok iklan kat tv, terpancing gak selera sebab kaya dengan butter… tapi warna filling tu macam pelik pula 🤣
ReplyDeleteKalau ikut croissant tu lebih ringan dan berongga.. ni nampak cam padat sket.
ReplyDeleteBaru try juga yang ni. Anak yang nak tapi lepas tu maknya yang habiskan haha
ReplyDeleteada nampak juga kat 7E
ReplyDeletetp tak tahu laa kenapa dr dulu lagi tekak sy tak berapa ngam dgn croissant ni
Sudah beli, tapi belum cuba. Nanti la, takut pula nak cuba benda manis ni. Tunggu lepas ambil darah di hospital. Hehe.. tak pun, bagi anak je la, cuba.
ReplyDeletenanti nak cari, bagus blog BK ni, buat daku cari benda yg sama.
ReplyDeleteapa jenis croissant, roti, waffle sekali pun, kita akan masuk air fryer sekejap. ahahaaa, suka garing2 sikit.
Okay jugalah tu harganya sebab croissant ni mahal. Cuba kalau panaskan, dia lembut lagi tak? Kalau inti manis sangat, nak habiskan seketul pun payah. Buat rasa-rasa tu okay lah kan.
ReplyDelete