Tak dapat Gardenia perisa durian, perisa strawberi pun jadi lah.


Misi aku nak cuba makan roti Gardenia perisa durian masih diteruskan. Kat sini, memang payah nak jumpa perisa durian. Kalau ada pun, belum tentu sempat beli. Kuantiti yang masuk tu terhad.

Masa aku beli perisa strawberi ni pun, hanya ada dalam 4 ketul je. Tak sebanyak perisa jagung yang bertimbun kat rak. Ramai ke peminat roti jagung? Aku tak minat. 😆



Rasa roti perisa strawberi ni best je. Takde yang jelik pun. Roti lembut dan sesedap tekak merasa. Krim strawberi dalam tu wangi. Macam bau gula-gula strawberi Cloud 9.


Roti perisa strawberi memang dah selalu makan. Banyak jenama roti kat luar sana yang dah buat perisa strawberi. Gardenia sendiri pun dah pernah buat perisa strawberi sebelum ni. Cuma kali ni dimasukkan bawah Quick Bites. Entah kenapa jadi hype pulak sekarang. 😲

Post a Comment

16 Comments

  1. Yang jagung tu tak berapa suka jugak sebab manis melampau. Tapi kalau tak ada, terpaksa jugalah ambil kalau tengah travel tu. Hype Strawberry dan durian sekarang ni. Letak habis letak habis je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mungkin kalau dikurangkan manis, lagi elok. Perisa baru ni memang payah betul nak jumpa. Kalau ada pun, cepat je lesap.

      Delete
  2. Roti Gardenia perisa strawberi ni memang padu! Manis-manis buah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Mungkin akan jadi roti paling laris lepas ni. 😂

      Delete
  3. wah kenapa tak nampak ye. Akak selalu beli puza kari ayam sebab pedas dan kenyang ada 2 ketul dalam dia. Yang lain2 tu kadang manis tapi kalau dah tak de beli je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kari ayam pun sedap jugak. Saya beli tapi jarang.

      Delete
  4. roti jagung sedapla BK terutama kalo masuk sekejap dlm air fryer & mkn panas2 wuhuuuu~ ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Saya kureng sikit makan jagung. 😅

      Delete
  5. Belum jumpa lagi roti perisa ni di kedai runcit berdekatan

    ReplyDelete
  6. Tahniah, berjaya jumpa yang strawberry. Akak tak jumpa. Beli yang pandan gula melaka je. Jagung punya berlambak-lambak, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Pandan gula melaka tu pun laris jugak kat sini. Memang perisa yang saya selalu beli.

      Delete
  7. setakat ini belum ketemu lagi. huuu...

    ReplyDelete
  8. Bolehlah riki² nanti... biasa pun anak² lebih suka jagung daripada vanilla. Ini ada strawberi pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Bebudak memang suka makan roti jagung. Tak tahu kenapa. 😆

      Delete