Guru Insani Pemangkin Generasi Madani. Selamat Hari Guru 2023.


Selamat Hari Guru kepada semua pendidik atas penat lelah dan kesungguhan dalam mendidik generasi masa depan.

Tahun ni, tema Guru Insani Pemangkin Generasi Madani diguna pakai atas konsep membangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Guru.
  • Guru Insani: Guru atau pendidik memberikan pendidikan secara holistik atau menyeluruh bukan sahaja dari segi akademik, malah dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 
  • Pemangkin: Agen yang memacu dan membantu.
  • Generasi Madani: Generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

Matlamat Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial, menguasai ilmu dan kemahiran serta amalan keguruan.

Dengan elemen yang ada dalam diri para guru, dapat lah generasi madani yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan dapat dilahirkan.

Post a Comment

6 Comments