Telefilem Malaysia: Papa Balik Raya (2023).


Malam tadi aku spent sikit masa mengadap TV. Layan telefilem. Maklum lah. Sepanjang raya minggu lepas, tak sempat nak tengok TV betul-betul. Baru nak tengok, ada tetamu datang berkunjung. Bila malam pulak, tak larat dah nak tengok TV. Tunggu masa nak tidur je.

Telefilem yang aku tengok ni baru je lepas tayang malam hari raya pertama iaitu 22 Mei. Kiranya ni ulang tayang lah. Tapi sebab aku belum sempat tengok, maka malam tadi aku tercongok lah depan TV sambil minum kopi.

Tajuk: Papa Balik Raya
Genre: Komedi, kekeluargaan
Bahasa asal: Bahasa Malaysia
Tarikh tayangan asal: 22 April 2023
Tarikh tayangan baru: 2 Mei 2023
Siaran TV: TV Alhijrah
Pelakon: Nur Fathia Latiff, Malek Mccrone, Lydiawati, Abbas Mahmood, Iman Aneesa, Halmey Hamdah, Che Amar, Putri Iesya, Dzul Hadziq

Sinopsis


Kisah pemuda bernama Iskandar yang sanggup ceraikan isteri dia sebab nak kejar cita-cita kat Australia. 5 tahun kemudian, Iskandar kembali semula ke Malaysia dan tanpa dia tahu, dia sebenarnya bergelar seorang ayah yang ada 2 orang anak.

Jalan ceritaspoiler alert


Permulaan cerita ni cepat je. Terus tunjuk yang Iskandar balik ke rumah dia kat Perlis lepas 5 tahun dia duk kat Australia.

Iskandar yang baru balik ke Malaysia.

Masa kat rumah mak ayah dia, ada 2 orang budak, lelaki dan perempuan yang datang. Dia pelik lah sebab sebelum ni tak pernah ada budak kat rumah tu.

Dua orang budak misteri.

Mak dia cakap yang budak-budak tu anak-anak asuhan mak dia. Tapi ada rahsia yang mak dia sembunyikan dari Iskandar. Apakah rahsia tu? Jeng jeng jeng.

Rupa-rupanya, budak lelaki dan perempuan tu anak-anak Iskandar. Alkisahnya, si Iskandar ni buat gila ceraikan bini dia, Tania masa nak bertolak ke Australia tanpa dia tahu yang Tania tu sedang mengandung!

Saat Iskandar ceraikan bini dia.

Si Tania ni pulak sebab kecewa, tak bagi famili Iskandar bagitau kat Iskandar yang dia mengandung. Sampai lah anak-anak diorang dah besar masuk sekolah, Iskandar masih tak tahu yang dia ada anak. 2 orang pulak tu.

Sepanjang Iskandar kat Australia dan Tania mengajar kat sekolah, mak dia lah yang jaga anak-anak dia. Adik Iskandar, Adam banyak tolong mak dia jaga budak-budak tu.

Adam yang banyak tolong Tania.

Dalam masa sama, Tania dah rancang nak pindah sekolah dan kahwin dengan cikgu duda.

Bila si Iskandar dapat tahu yang budak-budak tu anak-anak dia, mengamuk lah dia. Ye lah. Katanya dia bagai nak rak cari merata tempat ke mana bekas bini dia tinggal. Rupa-rupanya, tiap hari Adam ke rumah bekas bini dia tolong ambil anak-anak dia bagi mak dia jaga.

Mak Iskandar yang banyak simpan rahsia.

Nak dijadikan cerita, masa Iskandar dan Tania bergaduh kat tepi jalan pasal nak tuntut hak penjagaan, budak 2 orang tu keluar dari kereta senyap-senyap dan hilang entah ke mana. Haru biru jadinya.

Tania dan Iskandar gaduh tepi jalan.

Sampai lah ke malam. Masih tak jumpa. Rupa-rupanya budak-budak tu dah balik rumah dan tertidur dalam almari bilik Adam!

Lepas tu, babak sedih pun bermula lagi. Iskandar mintak maaf atas apa yang berlaku. Dia pun bagitahu kat budak-budak tu yang dia lah Iskandar, ayah kandung budak-budak tu.

Kesudahannya, Iskandar dan Tania mintak maaf di pagi raya. Masing-masing ada buat silap dan salah. Rujuk? Takde babak pasal tu. Mungkin diorang rujuk demi anak-anak.

Ulasan


Tak silap aku, ni kali kedua Fathia bawak watak cikgu. Sebelum ni dia ada berlakon jadi ustazah sekolah dalam telefilem Cikgu Praktikal. Manis je tengok dia pakai tudung dan pakaian macam tu.


Karakter Fathia dalam cerita ni masih kekalkan watak muslimah. Ayu dan manis gitu. Tapi yang peliknya, dia baru berapa tahun mengajar. Siap ada kereta dan rumah besar. Hebat betul.


Si Malek Mccrone ni pulak, siapa yang tak kenal kan? Penyondol bini orang! Emo kejap aku. Masih terbayang watak penyondol dia dalam telefilem Saat Hilang Cintamu kat TV3.


Tapi macam tu lah lakonan dia dalam Papa Balik Raya ni. Cuma dalam cerita ni, boleh nampak lakonan dia lagi better. Babak dia mengamuk pun jadik.

Berbaloi lah jugak rasanya luang masa tengok telefilem ni. Ada lah nilai-nilai moral sebagai pengajaran.
  1. Nak kejar cita-cita dan kerjaya jauh-jauh boleh tapi jangan abaikan tanggungjawab.
  2. Jangan sesekali aniaya orang. Nanti hidup tak tenang walaupun berjaya dalam kerjaya.
  3. Buat keputusan, bincang dulu elok-elok. Jangan buat bini macam kasut. Bila nak, sarung. Bila tak nak, buang macam tu je.

Sepanjang telefilem ni tayang, mata aku tertumpu kat rumah famili Iskandar tu. Sangat cantik, kemas dan sejuk mata memandang. Rumah papan tapi versi moden. Dengan susun atur barang dan warna dalam rumah yang simple tapi lawa. Ruang pun nampak luas walaupun banyak kerusi dan perabot.

Aku tak tahu lah tu rumah orang tinggal atau sekadar homestay. Sebab nampak lawa sangat. Lagi-lagi kat tepi bendang padi. Aku tahu rumah tepi bendang memang panas. Bila takde pokok besar yang lindung rumah, makin panas. Lagi-lagi kat Perlis. Tapi bila tengok dalam rumah tu, sejuk je mata tengok. Mungkin tona warna yang mainkan peranan supaya keadaan dalam rumah tak nampak panas.

Post a Comment

2 Comments

  1. menarik ceritanya. jln cerita pun bagus... fathia pun dah lama tak.muncul kat tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Antara telefilem yang berbaloi tengok.

      Delete