Penampakan buah jambu golok.


Tergantung beberapa biji kat pokok. Awal raya hari tu, pokok jambu golok ni mula berbunga. Banyak bunganya. Hujung raya, bunganya mula berubah jadi buah.

Masa awal raya. Meriah dengan bunga.

Hujung raya. Buah mula masak.

Petik buat masak lemak.

Tak banyak buah yang masak setakat ni. Ada beberapa ketul kat celah daun. Dan saiz buah-buah tu macam kecik sikit. Mungkin faktor cuaca. Atau mungkin aku kurang siram baja.

Post a Comment

22 Comments

  1. Buah jambu golok nii buah gajus eh ..sebab CCL tengok gambar tu seakan sama .. seronok laa kalau dah mula berbuah . Boleh petik fresh²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sama je. Seronok tau petik dari pokok. Terus buat masak lemak. 😅

      Delete
  2. sama tak dgn buah gajus? sbb bijinya di luar hehehe

    ReplyDelete
  3. Oooo, ni namanya jambu golok..kak SA panggil Gajus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gajus perkataan asal. Orang sini panggil jambu golok.

      Delete
  4. Orang Kedah panggil buah Janggus/Jangguih :D
    Tak pernah makan bila dibuat masak lemak tapi kecik² dulu selalu juga makan buahnya yang dah masak ranum. Bijinya pula sedap bila dibakar, lemak² rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janggus tu first time bagi saya. Selalu orang sini panggil jambu golok atau ketereh.

      Mak-mak tak bagi makan terus. Sebab buahnya bergetah. Orang masak je buah ni. Sebelum masak, potong buah dan lumur garam sikit. Bagi hilang getah. Sebab getah kat bijinya berbisa.

      Delete
  5. Lama betul tak jumpa jambu golok ni.

    ReplyDelete
  6. ni buah gajus kan... pernah makan kacang gajus jer, buahnya tak pernah rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Gajus. InsyaAllah nanti ada peluang boleh rasa. Saya nak tolong pos pun risau buruk kalau lambat sampai.

      Delete
  7. dulu area2 ceruk kampung sy byk je pokok ni
    skrg hmmm
    boleh kira dgn jari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kat sana ramai yang dah tak makan hasil pokok ni. Sini banyak lagi pokoknya. Siap ada anak pokok lagi. Saya pun ada tanam dalam polibeg.

      Delete
  8. Lama x nmpk buah ni...pucuk daun gajus ni sedap makan dgn laksa utara..atau buat ulam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara buah jarang jumpa sekarang ni. Pucuknya orang sini makan cicah budu.

      Delete
  9. Pokok ni dah jarang jumpa. Bagusnya, BK ada tanam di rumah, ya. Agak comel saiz dia, boleh muat 2 biji di tapak tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Kat laman rumah. Saiznya kali ni tak besar sangat.

      Delete
  10. Susah dah nak jumpa pokok ini.. Walaupun comel-comel buahnya tetap memberikan hasil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang saya suka pokok ni. Selalu bagi hasil walaupun dibiarkan.

      Delete
  11. Tak pernah tengok dan pegang in real. Bagusnya ada pokok dan berhasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni memang payah nak jumpa. Kalau balik kampung, cuba lah cari. Mana tau jumpa yang tengah berbuah.

      Delete