Teh Tarik Lipton dengan stevia.


Teh tarik ni aku beli sebab jarang nak jumpa. Selalu jumpa air kopi je kan? Kali ni aku nak cuba pulak teh tarik.

Sebelum ni dah pernah minum teh tarik lebih kurang macam ni. Jenama F&N. Tapi teh tarik dari Lipton ni berjaya tarik perhatian aku untuk beli.


Rasa teh tarik ni sedap. Berlemak. Aku minum pun tak sakit gigi. Cuma rasa teh tu terlalu kuat. Tahu lah Lipton kan jual teh. 🙄

Tapi teh tarik ni lebih kepada teh susu. Sebab kalau teh tarik, rasanya lagi padu. Mungkin sebab susu pekat dalam teh tarik tu sendiri yang buatkan teh tarik kat kedai lagi sedap. Lagi-lagi bila minum betul-betul lepas ditarik.


Lepas minum, baru perasan. Ada stevia dalam teh tarik ni. Patut lah aku minum tak sengal gigi. Selalunya kalau air terlalu manis, gigi aku ni akan sengal. Tapi teh tarik ni aku minum sampai habis elok pulak. Penangan stevia lah tu kot.

Post a Comment

8 Comments

  1. Stevia ni katanya bagus sbg pengganti gula ye...

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi beli teh susu dalam tin ni. selalu beli kopi je...

    ReplyDelete
  3. laa ada stevia ke?
    hahaha tak perasan pun
    bli trs minum

    ReplyDelete
  4. nanti bolehlah dicuba... nampak pun dah sedap...

    ReplyDelete
  5. stevia pemanis yang bagus kerana kalori yang rendah

    ReplyDelete
  6. Belum cuba lagi air ni tapi kalau teh o ais sedap juga.

    ReplyDelete
  7. waahh ada stevia bagus ni pengganti gula!

    ReplyDelete
  8. Wah ada stevia rupanya . Salah satu alternatif yg bagus untuk orang yang ada diabetes

    ReplyDelete