Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani. Selamat Hari Guru 2024.


Memandangkan tema kali ni berkaitan dengan digital, maka aku cuba lah lukis imej cikgu menggunakan Bing Image Creator yang software ni lukis secara AI.

Banyak jugak imej yang terhasil. Tapi banyak yang pelik. Lepas beberapa kali cuba, ada jugak terselit sekeping gambar yang elok sikit.

Tema hari guru kali ni adalah Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani. Secara dasarnya, boleh agak kan? Sebab ada perkataan Digital kat situ. Jadi, tahun ni, tema digital lah jadi asasnya.
  • Guru Jauhari Digital: Guru atau pendidik yang cerdik pandai yang tahu dan arif dalam teknologi digital.
  • Aspirasi Negara Madani: Keinginan yang kuat untuk mencapai sebuah negara (Madani) yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

Bagus tema tahun ni. Sekarang kan zaman digital. Semua benda nak guna teknologi digital. Nak beli barang kat kedai runcit pun boleh guna QR code.

Secara tak langsung, teknologi digital dapat diaplikasikan secara holistik kat sekolah. Mana lah tahu nanti murid sekolah boleh beli makanan kat kantin guna kad atau eWallet je.

Post a Comment

8 Comments