Kali kedua masuk Popular Bookstore IOI City Mall, Putrajaya.


Masa kat Putrajaya hari tu, sempat jugak aku singgah mall ni walaupun busy sikit. Niatnya nak masuk AEON. Tak pernah lagi aku jejakkan kaki dalam AEON sini. Alang-alang tu, singgah dulu kedai buku Popular.


Aku suka masuk Popular sini sebab cawangan ni banyak jual komik baru terbit. Kalau cawangan lain, jarang lah nak terus masuk komik terbaru. Kena tunggu berminggu-minggu baru ada.

Komik Doraemon harus lah ada. Ada ruang khas yang diorang set up untuk display komik-komik versi filem animasi Doraemon. Sempat lah jugak aku rembat beberapa ketul untuk lengkapkan koleksi.

Banyak komik dan novel Doraemon kat sini.

Ada yang aku dah beli, ada yang belum.

Stand by Me aku tak sempat beli lagi.

Aku rasa Gempakstarz ni mesti anak emas Popular. Sebab komik, novel, aksesori terbitan Gempakstarz paling banyak antara komik-komik terbitan syarikat lain. Peminat Gempakstarz pasti suka tiap kali masuk Popular ni. Dan tak payah tunggu lama untuk dapatkan koleksi terbaru.

Novel Detektif Hantu. Adaptasi dari komik. Barang baru ni.

Novel Under 18 ni pun adaptasi dari komik. Baru je keluar hari tu.

Antara aksesori dari Gempakstarz.

Belum sempat beli. Harga kayangan sangat.

Komik ni sebenarnya sempena PBAKL tahun lepas. Entah kenapa muncul kat sini.

Komik dari Jepun ke dalam BM. Barang hot.

Jilid 1. Nak beli tapi tak cukup bajet.

Jilid 2. Nanti kalau masuk Popular, nak beli lah set komik ni.

Antara komik yang aku nak beli adalah komik terbaru karya Ben Wong. Tapi harga sini agak keras. Dalam Shopee super duper murah. Jadi, aku plan nak beli dalam Shopee je lah.

Komik Lil' Girl Denie ni tajuknya iras komik Le.Gardenie yang Ben lukis masa kat company Gempakstarz lama dulu. Bila masuk company lain, katanya hak cipta Le.Gardenie tu dia tak dapat. Macam tu lah fahaman aku. Tapi fans masih mintak Ben sambung cerita Le.Gerdenie tu. Mungkin munculnya komik Lil' Girl Denie ni sebab permintaan fans? 

Komik karya Ben Wong. Lil' Girl Denie dalam Bahasa Cina.

Komik Mechamato pun ada. Tapi sayang. Popular tak buat promo khas. Tak macam promo Doraemon. Kalau Popular buat set up macam Doraemon, mesti best. Ye lah. Peminat Mechamato bukan sikit-sikit. AEON pun siap buat produk khas Mechamato.


Dalam entri aku sebelum ni, aku ada info pasal AEON buat kolaborasi dengan Mechamato. Siap ada air ala Ribena lagi tau. Bukan tu je, masa aku pusing market AEON, jumpa piza versi Mechamato.

Aku tak beli pun sebab aku kureng makan piza. Sempat snap gambar je buat kenangan. Banyak jugak jenis piza yang diorang jual. Mesti peminat Mechamato takkan lepaskan peluang untuk buat koleksi.

Terbitan Gempakstarz. Dah ada jilid kedua.

Kebanyakan komik sekarang tak semurah dulu. Kalau dulu aku mampu beli beberapa ketul komik seminggu sebab harga purata RM7 seketul, tapi sekarang nak beli sebuah komik pun kena fikir banyak kali. Rata-rata harga naik jadi RM12 hingga RM14 untuk sebuah komik. Terpaksa hadap sebab katanya kos cetakan yang makin mahal.






Tak banyak pun aku beli buku. Aku ambil beberapa komik Doraemon untuk lengkapkan koleksi. Cuma 4 buah komik dan novel Stand by Me aku belum sempat beli. Kalau ada bajet lebih, nanti lain kali boleh singgah beli.

Post a Comment

4 Comments

  1. gempak starz antara publisher yg plg byk supply buku ke popular. selain buku2 dlm BM, buku2 dlm BC dan BI jg gempak supply. sbb tu byk buku2 baru msk situ. plus diorg selalu collab sama2 kalau adda project baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah macam tu. Win-win situation. Lagipun buku yang diorang collab tu memang berkualiti.

      Delete
  2. Sha baru belikan Candy di Kayangan tu untuk anak dara Sha.. Ini kalau Sha bawa diorang pergi sini mahu histeria masing-masing tengok komik.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minat membaca harus lah dibawa. Boleh diorang merasa feeling datang sendiri pilih buku.

      Delete