Pengalaman jalan-jalan di Popular Bookstore IOI City Mall, Putrajaya.


Kali pertama aku jejakkan kaki ke Popular IOI Putrajaya. Kedai buku Popular ni baru je bukak awal tahun 2023. Tepatnya pada 25 Januari 2023. Menggantikan kedai buku Borders yang tutup pada 31 Oktober 2022. Aku ada buat entri pasal Borders. Memang dah agak kedai tu akan gulung tikar.


Ambil tapak Borders


Berkesempatan singgah Popular masa masuk IOI, aku agak kagum dengan keberanian Popular ni. Sebab dia ambil tapak kedai buku Borders tu. Bagi aku, kawasan ni agak terpencil. Jauh dari laluan utama. Sesiapa yang betul-betul nak masuk kedai buku ni je yang akan lalu jalan ni.

Nak beli komik Doraemon tapi lupa jilid


Aku masuk sini sebab aku nak cari komik Doraemon. Aku ada beli beberapa buah komik filem Doraemon. Entri lepas aku ada info pasal ni. Tapi bila masuk Popular, lupa pulak jilid apa yang aku tak beli lagi. Sebab satu komik Doraemon tu pun aku tak bukak baca lagi.


Aku tanya lah staff yang jaga kaunter. Mintak dia check rekod pembelian aku berdasarkan nombor ahli aku (aku ada kad ahli Popular). Tapi dia tak boleh check sebab lain cawangan (aku beli sebelum ni kat cawangan Kota Bharu). Aku pun call lah cawangan Kota Bharu tapi diorang tak dapat check jugak on the spot.


Berhuhu lah aku waktu tu. Tak boleh beli sebab tak tahu jilid apa yang aku belum ada. Kang terbeli jilid sama, membazir pulak. Aku pun lupakan niat aku tu. Lebih baik aku pusing dalam kedai tu tengok apa yang ada.


Aku tak masuk sangat bahagian novel atau buku ilmiah. Sebab mata aku lebih tertumpu bahagian komik. Susunan buku kat sini kemas. Ye lah. Kedai baru lagi katakan. Masa aku masuk sini dalam 10.30 pagi. Tak ramai yang masuk. Jadi tak tahu kat sini ramai datang atau tak.

Deco yang menarik




Ada beberapa hiasan yang aku suka. Antaranya rak buku Diary of a Wimpy Kid. Gigih betul diorang deco sempena krismas. Ada buku terbaru. Aku mampu tengok je. Nak beli tak mampu lah. Dulu masa aku menggila layan cerita ni, harganya takde lah semahal sekarang. Harga dulu-dulu tak lebih RM50. Kalau ada diskaun dapat lah harga bawah RM40. Tapi sekarang harga lebih RM60 sebuah. 😥

Himpunan komik Gempakstarz






Komik tempatan yang paling banyak kat sini harus lah komik terbitan Gempakstarz. Aku rasa mana-mana cawangan Popular, semuanya macam ni kot. Aku sempat beli beberapa buah komik untuk lengkapkan koleksi aku. Untung beli kat Popular sebab dapat diskaun 10% kalau jadi ahli.

Komik oversea




Ada jugak lah beberapa komik luar negara yang Popular jual. Walaupun harga bukan marhaen, tapi aku yakin ada peminat yang akan beli. Aku tengok harga pun dah standard harga komik kat Kinokuniya. Cuma aku harap diorang wrap atau seal lah komik-komik tu. Sebab tak semua yang nak beli komik yang dah dibuka atau disentuh. Nasib baik lah kebanyakan komik Gempakstarz diorang dah seal dengan plastik. Lagipun, kalau dibiarkan macam tu, komik mudah lunyai.

CD-RAMA pun ada



Kat Popular ni ada bahagian CD-RAMA. Bahagian ni jual CD, DVD dan seangkatan dengannya. Tak semua cawangan yang ada bahagian ni tau. Cawangan Kota Bharu takde jual. Tapi tak banyak pun pilihan yang ada. Kalau nak beli, better beli online kat website Popular. Macam-macam pilihan ada.

Beli komik baru lagi


Maka dengan ini bertambah lah koleksi komik aku. Siri Le.Gardenie: Love Note ni aku belum habis baca lagi. Baru baca jilid 1. Sekarang dah ada sampai jilid 6.


Aku beli kat sini sebab bila fikir balik, malas dah nak beli online. Pernah sekali aku beli komik kat kat satu company ni. Dari luar nampak elok berbungkus kotak siap bubble wrap tapi bila bukak, ada bahagian buku yang kemik. Pelik kan? Terlepas pandang atau sengaja hantar buku defect? Buat masa sekarang, cara terbaik adalah beli je komik kat kedai fizikal. Boleh pilih sampai puas hati.

Post a Comment

12 Comments

  1. dah lama tak masuk popular, dulu rajin beli novel dan komik kat popular. kalau ada member mmg untung byk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang banyak diskaun yang diorang buat. Member selalunya dapat 10% setiap buku.

      Delete
  2. wah...bestnya dapat melawat ke kedai buku...sayangnya motivasi untuk membaca buku sekarang ini semakin merundum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat baca sinopsis belakang buku dah kira satu kejayaan. 😄

      Delete
  3. hebat popular ni, despite orang kata buku fizikal dah kurang peminat, cawangan diorang makin bertambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Pernah beberapa tahun buku fizikal jatuh merudum. Tapi lepas PKP sampai sekarang, makin banyak buku yang company buku terbit.

      Popular mungkin ada target diorang. Tatkala kedai buku besar banyak gulung tikar, Popular tak gentar ambil peluang ni untuk luaskan territory dia.

      Delete
  4. Teringat zaman sekolah dulu suka beli komik Doraemon. Mesti banyak koleksi komik Doraemon BK ni. Suka masuk Popular sebab besar dan banyak pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu banyak. Tapi hilang entah ke mana. Sekarang kumpul komik Doraemon versi baru je.

      Delete
  5. wahhh bnyknya buku.. suka betul tngok buka tersusun mcm ni..

    ReplyDelete
  6. Kalau masuk popular ni memang pening laa nak pilih buku ..banyak fiksyen yang ada ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang memang tak sempat nak tengok semua. Tapi sekarang suka survey kat website diorang sebelum pergi cawangan. Senang sikit nak cari buku apa yang berkenan.

      Delete