Mamee Monster x Quby sempena Tahun Baru Cina 2024. Beli sebab nak stiker!


Lepas balik dari CIMB bank, aku singgah kejap kat Mydin. Niatnya nak beli air mineral beberapa kotak. Mungkin dapat jimat berbanding beli kat kedai (tapi malangnya beza harga tak sampai singgit) dan usha barang menarik apa yang ada dalam tu.

Aku tengok dalam Mydin tu, kebanyakan ada diskaun bagi ahli kad Meriah. Aku pernah lama dulu zaman belajar buat kad tu. Tapi lepas expired, entah ke mana aku letak kad tu. Hilang pun aku tak kisah sebab aku jarang pergi Mydin.

Kad baru. Buat terus kat situ.

Banyak benda menarik dalam Mydin. Bila masuk bahagian jajan, aku ternampak Mamee Monster paket baru. Dari jauh dah nampak gambar naga. Aku yakin kali ni mesti sempena Tahun Baru Cina.



Apa yang paling aku tak sangka, promo kali ni, Mamee Monster bagi sticker Quby. Ada 20 design kesemuanya. Quby tu apa pulak? Alah. Kartun comel warna putih yang jadi sticker dan gif medsos. Tapi aku tak tahu lah makhluk apa tu. Tofu? Marshmallow? Lobak putih?



Banyak company yang dah buat kolaborasi dengan Quby ni. Antaranya Darlie, Pureen, Iconic Medicare, Wall's dan 7e. Dulu masa pergi pasar raya, aku pernah nampak free gift Quby yang Darlie bagi. Tapi aku tak tahu pun tu Quby. Kalau maskot Shopee atau Lazada aku tahu. 😆


Banyak kan? Quby ni betul-betul terkenal dari kebanyakan maskot kat Malaysia. Memang aku tak tahu pun kewujudan makhluk bernama Quby sebelum ni. Maklum lah. Jarang duk chatting dan bukak medsos.

Mamee Monster x Quby


Mamee Monster pun tak terkecuali join benda trending macam ni. Dalam FB rasmi Mamee Monster, belum ada pengumuman pasal promo terbaru ni. Dalam YouTube pun baru sorang je review pasal ni. Mungkin awal lagi kot?


Kalau nak dapat sticker percuma, kena lah beli pek jumbo. Mydin jual RM3.10 satu pek jumbo ni. Kalau beli pek kecik macam yang kedai runcit jual, memang tak dapat lah. Dalam setiap pek jumbo ni, ada 1 sticker. Total 20 design sticker yang ada tapi aku tak tahu design apa semua tu (Mamee tak inform dan kalau ada list nanti aku update).


Hanya 3 perisa je yang Mamee Monster buat promo: ayam, BBQ dan spicy. Black pepper takde. Kesian perisa ni dianaktirikan. Rasa snek mi setiap 3 perisa tu masih sama. Perencah pun sama. Sebenarnya aku suka macam ni. Kekalkan rasa yang sama walaupun ada promo atau kolaborasi dengan company lain. Bagi hadiah percuma dalam pek tu pun dah cukup.




Setakat ni aku berjaya kumpul 3 keping sticker. Ada lagi 3 pek jumbo yang belum aku bukak. Nampak gayanya, kena beli lagi lah ni kalau nak lengkapkan 20 design. Promo macam ni jarang nak ada dan sekali je Mamee Monster buat.

Post a Comment

10 Comments

  1. Rajin ek kumpul sticker. Macam comel pulak Fiza tengok.

    ReplyDelete
  2. ya Allah, lama sungguh x beli mee monster ni.. :D.. kalau beli mmg beli satu plastik besar yg ade plastik kecik2 kat dlm tu.. tp, kurgkan makan yer.. mcm bahaya pula bile kt mkn byk2.. (nsht kat diri sendiri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak elok makan lebih had. Tu pun saya bagi kat anak buah sikit dan ada jugak yang sampai expired sebab tak makan. 😅

      Delete
  3. Antara jajan yang saya suka layan juga bersama anak-anak

    ReplyDelete
  4. wak xde lg kad Meriah Mydin nih, selalu ditanya bila nk byr kt kaunter., huhu

    ReplyDelete
  5. Baru tahu namanya Quby. Haah ek, makhluk apa ni? Hantu macam Casper kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti makhluk apa tu. Puas cari info tapi tak jumpa.

      Delete