Tengok filem Digimon Adventure 02 kat GSC IOI Putrajaya.


Excited kemain. Maklum lah. Ni kali pertama aku berjaya tengok filem Digimon kat pawagam. Sebelum ni ada filem Digimon jugak tayang. Tak silap tahun 2020. Waktu PKP. Memang tak pergi tengok lah waktu tu.


Harga tiket sekarang bukan murah ye. Kalau dulu-dulu boleh dapat harga RM12 - RM15 tapi sekarang harga dah makin mahal. Lagi-lagi tayangan waktu malam. Tiket yang aku beli ni harganya RM25.50 satu. Terkedu jugak lah. Tapi sebab nak tengok kat wayang punya pasal, terpaksa beli.

Digimon kat TV


Bebudak yang membesar lewat tahun 90-an dan awal 2000 mesti tahu pasal Digimon walaupun ada yang masih terkeliru dengan Pokémon.

Aku kenal Digimon pun sebab NTV7. Dalam tahun 2001, NTV7 tayang Digimon Adventure. Setiap Ahad pukul 10 pagi. Tapi aku selalu tak dapat tengok sebab Ahad tu hari sekolah. Kalau dapat tengok pun, waktu cuti.

Antara koleksi Digimon yang masih aku simpan dari tahun 2002.

Waktu tu jugak aku pernah beli VCD Digimon kat pasar malam. Tapi dubbing nya versi Indonesia. Takde subtitle. Kena buat-buat faham term yang tak biasa dengar macam Kakek Gennai, anak-anak terpilih dsb.

Mengenai Digimon


Digimon atau nama panjangnya Digital Monster menceritakan kisah sekumpulan kanak-kanak yang join perkhemahan musim panas sekolah. Entah macam mana, diorang terjumpa Digivice (alat elektronik) yang jatuh dari langit dan bawak diorang masuk ke dalam Dunia Digital.


Dalam Dunia Digital ni, masing-masing ditemani partner (digimon) yang boleh berubah (evolusi) untuk bersama-sama kalahkan digimon jahat.

Filem Digimon Adventure 02: The Beginning


Yang aku tengok kat pawagam ni cerita sambungan kepada filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna (2020). Kena tengok ke filem pertama untuk faham filem terbaru ni? Tak perlu. Sebab takde kaitan secara langsung pun.


Filem terbaru ni aku boleh katakan direct sekuel kepada anime bersiri Digimon Adventure 02. Kalau tak tengok anime bersiri tu, memang akan blur sikit.

Telur digimon muncul kat atas Menara Tokyo.

Untuk filem ni, kisahnya pasal Rui Owada, budak lelaki berambut kelabu yang muncul tetiba waktu kemunculan misteri telur digimon kat tengah bandar Tokyo. Seluruh dunia terkejut dengan kemunculan telur ni.

Dia ni Rui Owada. Budak yang sangat misteri.

Tak lama lepas tu, Ukkomon (sejenis digimon) muncul kat dunia manusia. Ukkomon ni nak semua orang kat dunia ni ada partner digimon masing-masing.

Ukkomon yang muncul semula.

Misteri Rui Owada dan Ukkomon terbongkar. Rupa-rupanya Rui ni manusia pertama yang ada digimon dan Digivice. Tapi sebab ada masalah, dia terpaksa bunuh digimon dia sendiri.

Ulasanspoiler alert


Antara benda yang aku suka pasal filem terbaru ni adalah kualiti animasinya. Kalau dulu (anime bersiri) scene bertarung nampak bersahaja, tapi dalam filem ni, scene bertarung sangat lawa dan detail. Sampaikan aku tak percaya ni filem Digimon.

Dalam babak akhir, ada ditunjukkan yang Digivice semua Kanak-kanak Terpilih perlahan-lahan terhapus.

Scene ni mengingatkan aku masa zaman aku tengok Digimon Adventure kat NTV7 tahun 2001 - 2002. Masa tu, tersebar khabar angin yang dalam episod akhir Digimon, Taichi dan yang lain pecahkan Digivice diorang sebab diorang dah tak boleh bersama dengan partner digimon masing-masing. Sampai aku dengar pun terkejut.

Tapi, bila tengok episod akhir, takde pun scene tu. Aku kena tipu rupanya. Entah dari mana datang khabar angin tu aku pun tak tahu.


Berbalik kepada scene akhir filem terbaru ni, pemergian Digivice disebabkan Kanak-kanak Terpilih dah tak perlukan Digivice untuk bonding dengan partner digimon masing-masing. Perasaan yang ada dalam diri setiap Kanak-kanak Terpilih tu dah mampu buatkan diorang jadi partner. Cewahh!

Berbaloi ke tengok filem ni?


Bagi aku, bergantung pada niat masing-masing sebelum tengok. Ada yang tengok sebab nak imbau nostalgia masa kecik. Masa zaman kegemilangan Digimon. Ada yang tengok sebab nak tahu kisah Kanak-kanak Terpilih 02. Nak tahu apa yang berlaku dengan kehidupan diorang lepas segala masalah diselesaikan dalam anime bersiri dan filem-filem sebelum ni.


Secara keseluruhan, agak berbaloi tengok. Bila tengok Digimon, tak boleh nak bandingkan dengan anime hebat lain macam Naruto, Demon Slayer, One Piece, Attack on Titan atau filem-filem Hayao Miyazaki dan ‎Makoto Shinkai. Filem Digimon takde plot yang terlalu berat sebab fokusnya kat budak-budak. Lebih kurang macam Pokémon tapi sedikit berat.

Post a Comment

6 Comments

  1. Adik saya dulu suka digimon ni, tapi saya kureng sikit maybe sebab dah besar. berbaloi rasanya kalau minat. lagipun bukan selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Benda jarang tayang. Rugi pulak kalau tak tengok. 😂

      Dulu Digimon memang trending masa NTV7 tayang. Banyak kedai runcit yang jual jajan hadiah Digimon.

      Delete
  2. Sesekali tengok filem character yang kita minat kan. Saya tak into sangat Digimon ni. Pendek kata, tak tahu lansung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba tengok anime Digimon Adventure. Siri pertama. Dari situ lah saya mula minat tengok Digimon.

      Delete
  3. Antara cerita feveret CCL suatu ketika dlu ... Lama tak tengok cerita digimon ni ..masa zaman kanak-kanak rajin jugak melayan kt tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena layan kalau ada masa. Boleh tahu kesinambungan kisah diorang.

      Delete