Pertama kali cuba resepi air roselle tanam sendiri.


Aku ada tanam pokok roselle kat laman rumah. Aku beli benih kat Shopee. Tak silap dalam bulan Ogos tahun lepas aku beli. Terjebak beli benih ni sebab katanya pokok roselle senang nak hidup.

Memang betul. Lepas semai benih, dalam masa 3 hari tunas mula keluar dari biji roselle tu. Dalam beberapa minggu bila pokok dah besar sikit, aku alihkan masuk dalam pasu. Nak tanam kat atas tanah tapi takde ruang yang sesuai.

Bunga roselle merah.

Buah roselle sedang membesar.

Merah menyala macam biji delima warnanya.

Hari ni, lebih kurang 4 bulan, buah roselle boleh dituai. Buah sulung. Excited betul rasanya. Tak pernah sebelum ni aku tengok secara live buah roselle. Bila dah ada depan mata, rasa puas hati sangat.

Aku petik beberapa biji roselle yang hampir matang. Rasa masam dan rangup buahnya. Macam buah jambu bertih. Aku plan nak buat air. Resepinya senang yang amat.

Bahan-bahan

  • 2 biji buah roselle
  • 4 sudu gula pasir (ikut selera)
  • 4 cawan air masak

Langkah-langkah

  1. Kupas kelopak buah roselle dan bilas dengan air.
  2. Masukkan air masak, gula dan kelopak buah roselle dalam periuk.
  3. Didihkan sampai berubah warna atau sampai kelopak buah roselle layu.

Air didihan roselle tadi boleh dicampur dengan air masak ikut cita rasa. Kalau nak rasa roselle yang kuat, boleh tambah lebih banyak kelopak roselle. Kalau nak versi light, masukkan sikit pun dah cukup.


Rasa air roselle ni memang tak sama pun dengan air sirap walaupun warna seakan sama. Sebab rasa semula jadi roselle ni masam dan bila dibuat air, rasa masam tu tetap ada walaupun dicampur gula.

Post a Comment

14 Comments

  1. Replies
    1. Senang je Wak. Best kalau minum dari buah fresh.

      Delete
  2. Air roselle memang sedap.. Minum sejuk sejuk fuh nikmat rasanya..

    ReplyDelete
  3. Sedap sangat roselle ni. Pelbagai guna. Boleh buat ulam, buat pati minuman, jem dan juga sambal. Dulu mak saya banyak tanam di kampung. Tengok entry ni rasa macam nak menanam roselle pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kegunaannya macam pokok kelapa. Tanam lah. Roselle senang nak jaga.

      Delete
  4. Cuya tengok pon tiba2 terasa nak beli gak benih roselle...
    patut letak link kedai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak kedai yang jual. InsyaAllah menjadi.

      Delete
  5. sedap airnya.. masam2 manis.. done follow as Ain Farhana

    ReplyDelete
  6. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
  7. Pokok roselle ni mudah hidup kan .. Teringin juga nak tanam .

    ReplyDelete